Tuesday 10 February 2015

Aktiviti Makmal 3.5.2: Menentukan formula empirik magnesium oksida

Aktiviti Makmal 3.5.2:
Menentukan formula empirik magnesium oksida
Tujuan: Untuk menentukan formula empirik bagi magnesium oksida
Bahan:
» Magnesium oksida
» Kertas pasir
Radas:
» Mangkuk pijar dengan penutup
» Tungku kaki tiga
» Penunu Bunsen
» Penimbang elektronik
» Pengalas segitiga tanah liat
Prosedur and Keputusan:

Prosedur
1. Animasi berikut menunjukkan susunan radas dan keputusan eksperimen.
2. Pita magnesium sepanjang 20 cm digosok dengan kertas pasir untuk menyingkirkan lapisan oksida pada permukaannya.
Langkah berjaga-jaga: Pita magnesium digosok sebelum pemanasan untuk menyingkirkan magnesium oksida yang terbentuk di permukaannya.
3. Pita magnesium digulung ke dalam bentuk gegelung.
4. Sebuah mangkuk pijar dengan penutup ditimbang dengan penimbang dan jisim direkodkan.
5. Sekeping kertas asbestos kering diletakkan kei dalam mangkuk pijar diikuti dengan pita magnesium yang bergelung. Mangkuk pijar dengan kandungannya ditimbang semula. Beratnya direkodkan.
6. Mangkuk pijar diletakkan pada pengalas segitiga tanah liat di atas tungku kaki tiga dan dipanaskan dengan kuat. Penutup dibuka dan ditutup dengan cepat pada selang masa tertentu bagi membolehkan oksigen dari udara memasuki ke mangkuk pijar sementara mengelakkan wasap putih daripada terlepas ke persekitaran.
Langkah berjaga-jaga: Penutup pijar mangkuk dibuka sekali-sekala untuk membolehkan oksigen dari udara dapat memasuki untuk pembakaran magnesium yang lengkap.
7. Selepas magnesium terbakar dengan lengkap, mangkuk pijar disejukkan dan ditimbang sekali lagi bersama-sama dengan penutup yang. Beratnya direkodkan.
Langkah berjaga-jaga: Sebaik sahaja magnesium terbakar, mangkuk pijar yang ditutup dengan segera untuk mengelakkan asap putih magnesium oksida daripada terlepas, sekali gus menyebabkan jisim oksida yang terbentuk berkurang.
8. Langkah-langkah pemanasan, penyejukan dan penimbangan diulangi sehingga suatu jisim tetap diperolehi.

Keputusan
Jisim mangkuk pijar + penutup
= a g
Jisim mangkuk pijar + penutup + magnesium
= b g    
Jisim mangkuk pijar + penutup + magnesium oksida
= c g
Pengiraan :

Jisim magnesium diperolehi = (b - a) g
Jisim oksigen yang bergabung dengan magnesium = (c - b) g
[Jisim atom relatif: O, 16; Mg, 24]

Unsur Mg O
Jisim (ba) (cb)
Bilangan mol b - a 24 c - b 16
Nisbah teringkas x y

Nisbah Mg : O = x : y
Jadi formula empirik adalah MgxOy
Perbincangan :

Tujuan mengulangi proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan adalah untuk memastikan tindak balas  magnesium oksida berlaku dengan lengkap.
Kesimpulan:

Formula empirik bagi magnesium oksida adalah MgO.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

79 comments:

  1. Sy nk tnya,knapa mangkuk pijar kena tutup dgn penutup sbaik shj magnesium mula trbakar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk mengelakkan wasap magnesium terbebas

      Delete
    2. Hello, sya nak tanya bgaimana untuk memastikan bahawa tindak balas itu lengkap?

      Delete
    3. Untuk mengelakkan wasap putih tersebar ke udara

      Delete
    4. mungkin untuk membenarkan oksigen masuk supaya pembkrn berlaku

      Delete
  2. Bagi mengelakkan wasap putih(mgo) terbebas keluar kerana ia akan mempengaruhi jisim mgo

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Mengapakah wasap putih di dalam mangkuk pijar dielakkan daripada terbebas?

    ReplyDelete
  6. Kerana boleh mengurangkan jisim pita magnesium.

    ReplyDelete
  7. Ape pemerhatian dan inferens

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. kenapa harus buka penutup mangkuk pijar sedikit sekali sekala semasa pemanasan berlaku?

    ReplyDelete
  10. Boleh sye tau ap inferens dye?

    ReplyDelete
  11. sebab apa kaedah ni sesuai utk tentukan formula empirik magnesium oksida?

    ReplyDelete
  12. Mcm mna nak thu mg mglami pembakarn kurang legkp

    ReplyDelete
  13. Mcm mna nak thu mg mglami pembakarn kurang legkp

    ReplyDelete
  14. Adakah setiap kali eksperimen ini dilakukan akan dapat keputusan yang sama?

    ReplyDelete
  15. Kenapa wasap putih dielakkan drpd trbakar??

    ReplyDelete
  16. Mengapakah proses pemanasan,penyejukan dan penimbangan diulang sehingga jisim tetap diperolehi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk memastikan semua magnesium telah bertindak balas lengkap dgn oksigen untuk membentuk magnesium oksida

      Delete
  17. ni eksperimen tanpa hipotesis ke?

    ReplyDelete
  18. Nak tanya

    Mengapakah pita magnesium di bersihkan dengan kertas pasir sebelum dipanaskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supaya lapisan luar pita magnesium hilang iaitu lapisan oksida

      Delete
  19. Asal tkde pembolehubah ngn hipotesis?

    ReplyDelete
  20. Nak tanya,
    1-Apa nama wasap putih yg terhasil ?
    2-Kenapa pita magnesium perlu dibersihkan menggunakan kertas pasir sebelum dipanaskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pita magnesium perlu dibersihkan untuk membuang lapisan oksida pada permukaan magnesium oksida

      Delete
  21. Beri dua alasan jika formula magnesium oksiada yang dutentukan dalam eksperimen ini tidak sama dengan formula yang dijangka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pita magnesium tidak digosok dgn betul..
      Ralat pada bacaan penimbang😂😂

      Delete
  22. Adakah wasap putih yg terbebas tu magnesium oksida?

    ReplyDelete
  23. Apakah nama wasap putih yg dihasilkan?

    ReplyDelete
  24. Apakah yg akn berlaku jiwa wasap putih terbebas ke persekitaran ?

    ReplyDelete
  25. Apa yg akn berlaku kalau wasap putih terbebas ke persekitaran?

    ReplyDelete
  26. Apakah yang akan berlaku jika wasap putih terbebas ke persekitaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jisim magnesium oksida yg kita nak kira tu nanti berkurang. Sebab ada yg terbebas.

      Delete
  27. Apa nama wasap putih yg dihasilkan

    ReplyDelete
  28. Mengapakah langkah 6,7, dan 11 dilaksanakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada jawab di atas. Itu adalah proses pemanasan, penyejukan dll...

      Delete
  29. nak tanya, apa nama wasap putih yg dihasilkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gas magnesium oksida. Apabila tindak balas berlaku magnesium oksida akan berada dalam bentuk gas. Selain itu asap tu mungkin bercampur dgn gas hidrogen sbb tindak balas logam alkali dgn oksigen akan hasilkan logam oksida + gas hidrogen

      Delete
    2. Silap tu, gas magnesium oksida je. Kalau hasilkan gas hidrogen tu kalau tindak balas dgn air.

      Delete
  30. nak tanya..apa persamaan kimia untuk eksperimen ni..

    ReplyDelete
  31. nak tanya apa yang berlaku jika wasap putih terbebas ke persekitara

    ReplyDelete
  32. jisim magnesium oksida berkurang

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum, nak tanya. kenapa penutup mangkuk pijar diangkat sekali-sekala semasa eksperimen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk membenarkan oksigen masuk bagi melengkapkan pembakaran

      Delete
  34. Bolehkah guna kaedah ini untuk menentukan formula empirik plumbum(ii)oksida?

    ReplyDelete
  35. Hello nak tny ni yg pengiraan kat ats tu part bil mol tu nak darab ke bahagi?

    ReplyDelete
  36. apakah yang akan berlaku jika wasap putih terbebas ke persekitaran?

    ReplyDelete
  37. bagaimana mahu tahu semua pita magnesium terbakar dengan lengkap

    ReplyDelete
  38. Macam mana nak tahu jikalau pembakaran mgo dah lengkap

    ReplyDelete
  39. saya nak tanya , apakah jenis zarah bagi tindak balas yang terbentuk dalam eksperimen ini ?

    ReplyDelete
  40. Bagaimana untuk memastikan tindak balas itu sudah selesai

    ReplyDelete
  41. Kenapa mangkuk pijar digunakan untuk menentukan formula empirik?

    ReplyDelete
  42. Terangkan satu langkah berjaga jaga sebelum eksperimen

    ReplyDelete
  43. Hai Saya nak tanya macam Mana Tak tentukan magnesium Dan oksigen yang berpadu?

    ReplyDelete
  44. Nyatakan perubahan yang berlaku apabila pita magnesium mula terbakar

    ReplyDelete
  45. mengapakah magnesium sesuai digunakan dalam menentukan formula empirik?

    ReplyDelete
  46. Apakah persamaan kimia bagi experiment ni?

    ReplyDelete
  47. Bil mol = jisim x jisim atom relatif ke?

    ReplyDelete
  48. Mengapakah formula empirik kuprum (ll) oksida tidak boleh ditentukan dengan mnggunakan kaedah ini?

    ReplyDelete
  49. Saya nak tanya..jenis zarah apa bagi hasil tindak balas yang terbentuk dalam eksperimen ini

    ReplyDelete
  50. rather than MgO ,formula empirik apa lagi yang kita guna kaedah ni?

    ReplyDelete