Friday 20 February 2015

Aktiviti Makmal 4.4.2: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan besi


Aktiviti Makmal 4.4.2: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan besi
Tujuan: Untuk mengkaji tindak balas antara halogen dengan besi.
Pernyataan masalah: Bagaimana klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan besi?
Hipotesis: Kereaktifan berkurangan bagi tindak balas antara halogen dan air apabila menuruni Kumpulan 17.
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Besi
» Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis halogen
» Pembolehubah bergerakbalas: Kereaktifan tindak balas

Bahan:
» Gas klorin
» Larutan bromin
» Pepejal iodin
» Kalium manganat (VII)
» Larutan natrium hidroksida
» Besi    

Apparatus:
» Salur penghantaran
» Penyumbat getah
» Penunu Bunsen
»Tabung uji
»Kon kelalang
» Corong tisel
» Corong turas
» Bikar
» Tiub pembakaran
» Kaki retort dan pengapit
Prosedur:

Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.

(A) Dengan klorin
1. Gas klorin dialirkan melalui besi panas dalam tiub pembakaran.
2. Semua pemerhatian direkodkan.

(B) Dengan bromin
1. Cecair bromin dalam tabung didih yang dipanaskan dan wap bromin dialirkan melalui besi panas.
2. Semua pemerhatian direkodkan.

(C) Dengan iodin
1. Pepejal iodin dipanaskan di dalam tabung didih dan wap iodin dialirkan melalui besi panas.
2. Semua pemerhatian direkodkan.
Keputusan:

Halogen Pemerhatian
Klorin Besi terbakar terang dan membentuk pepejal perang apabila disejukkan.
Bromin Besi terbakar dengan cahaya terang dan membentuk pepejal perang apabila disejukkan.
Iodin Besi membara secara perlahan-lahan dan membentuk pepejal perang apabila disejukkan.
Perbincangan:

Klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan besi untuk membentuk besi (III) halida.

Klorin bertindak balas dengan cergas dengan besi untuk menghasilkan besi (III) klorida.
2Fe(s) + 3Cl2(g) 2FeCl3(s)

Bromin bertindak balas kurang cergas dengan besi untuk menghasilkan besi (III) bromida.
2Fe(s) + 3Br2(g) 2FeBr3(s)

Iodin bertindak balas secara perlahan-lahan dengan besi untuk menghasilkan besi (III) iodida.
2Fe(s) + 3I2(g) 2FeI3(s)

Kereaktifan halogen dengan besi berkurangan apabila menuruni Kumpulan 17.
Kesimpulan:

Halogen bertindak balas dengan besi.

Kereaktifan meningkatkan apabila menuruni Kumpulan 17.

Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments: