Thursday 19 February 2015

Aktiviti Makmal 4.3.2: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan air


Aktiviti Makmal 4.3.2: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan air
Tujuan: Untuk mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan air
Pernyataan masalah: Bagaimana litium, natrium dan kalium berbeza dalam kereaktifan terhadap air?
Hipotesis: Kereaktifan meningkatkan bagi tindak balas antara logam alkali dan air apabila menuruni Kumpulan 1
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Air
» Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis logam alkali
» Pembolehubah bergerakbalas: Kereaktifan logam dengan air

Bahan:
» Litium
» Natrium
» Kalium
» Penunjuk fenolftalein
» Air
» Kertas turas

Radas:
» Salur air
» Forsep
» Pisau Kecil
» Tabung uji 
Procedur:

1. Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.
2. Sepotong kecil litium dipotong dengan pisau dan dikeringkan dengan kertas turas.
3. Kepingan litium diletakkan di atas permukaan air dengan menggunakan forsep.
4. Pemerhatian direkodkan.
5. Larutan terbentuk di dalam bekas diuji dengan penunjuk fenolftalein.
6. Eksperimen diulangi dengan menggunakan natrium dan kalium.
Keputusan:

Logam Pemerhatian Warna larutan dihasilkan apabila ditambah dengan penunjuk fenolftalein.
Litium Bergerak perlahan-lahan di atas permukaan air. Terbakar dengan nyalaan merah. Merah jambu
Natrium Bergerak dengan pantas di atas permukaan air. Terbakar dengan nyalaan kuning yang cerah. Merah jambu
Kalium Bergerak lebih sangat laju di permukaan air. Terbakar dengan nyalaan ungu yang sangat cerah. Merah jambu
Perbincangan:

Litium, natrium dan kalium bertindak balas dengan air untuk menghasilkan gas hidrogen dan alkali.
2Li(p) + 2H2O(ce) 2LiOH(ak) + H2(g)
2Na(p) + 2H2O(ce) 2NaOH(ak) + H2(g)
2K(p) + 2H2O(ce) 2KOH(ak) + H2(g)

Kereaktifan meningkatkan apabila menuruni ke bawah Kumpulan 1.
Kesimpulan:

Semua logam Kumpulan 1 bertindak balas dengan air untuk membentuk gas alkali dan hidrogen.

Kereaktifan meningkatkan apabila menuruni ke bawah Kumpulan 1.

Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

21 comments:

  1. Replies
    1. Kau tu yg x berguna langsung :)

      Delete
    2. Kalau Aku tengok gambar Yang kau letak, Aku rasa kau Yang tak guna lol

      Delete
  2. please help...kenapa tak dapat buka animasi? dulu boleh je..

    ReplyDelete
  3. Sangat membantu thank you sangat

    ReplyDelete
  4. Sangatlah membantu .Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih.Esok dh nak exam.Terima kasih kerana membantu

    ReplyDelete
  6. Thanks��������

    ReplyDelete
  7. thanks (。・Ο‰・。)οΎ‰♡

    ReplyDelete
  8. boleh berikan susunan tertib menaik bagi litum,natriuum dan kalium yang bertindak balas dengan air dan oksigen

    ReplyDelete