Monday 16 February 2015

4.3 Unsur Kumpulan 1

Sifat-sifat fizik
■ Unsur-unsur Kumpulan 1

Litium, Li
Natrium, Na
Kalium, K
Rubidium, Rb
Caesium, Cs
Francium, Fr

Kaedah mnemonik berikut boleh digunakan untuk menghafal urutan unsur dalam Kumpulan 1.
Little Nasty Kids Rub Cat's Fur
■ Sifat-sifat fizik logam alkali

Semua logam alkali adalah berwarna kelabu dengan permukaan berkilat seperti logam lain.

Semua logam alkali adalah lembut dan boleh dipotong dengan mudah.
Unsur Ketumpatan (gcm-3) Takat lebur(℃) Takat Didih(℃) Jejari atom(nm)
Litium, Li 0.534 186 1609 0.133
Natrium, Na 0.970 98 880 0.157
Kalium, K 0.860 64 760 0.203
Rubidium, Rb 1.530 39 700 0.216
Saesium, Cs 1.900 29 670 0.235

Semua logam alkali boleh mengkonduksikan haba dan dan elektrik.

Semua logam alkali mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.
Takat lebur dan takat didih logam alkali adalah lebih rendah berbanding dengan logam lain.
Takat lebur dan takat didih berkurang apabila menuruni kumpulan. Ini adalah kerana kenaikan jejari atom menyebabkan ikatan antara atom menjadi semakin lemah.

Jejari atom dan ketumpatan unsur meningkatkan apabila menuruni kumpulan.
Peningkatan dalam jumlah petala terisi elektron akan mengakibatkan peningkatan saiz atom, jisim dan ketumpatan.

Animasi berikut menunjukkan perubahan dalam sifat fizik unsur Kumpulan 1 apabila menuruni kumpulan.

Sifat-sifat kimia
■ Susunan elektron dalam logam alkali.

Unsur Konfigurasi elektron Susunan elektron
Litium 2.1
Natrium 2.8.1
Kalium 2.8.8.1
Rubidium 2.8.18.8.1
Caesium 2.8.18.18.8.1
■ Tindak balas kimia

Logam alkali adalah unsur-unsur yang sangat reaktif dan mesti disimpan di dalam parafin.

Semua logam alkali menunjukkan sifat-sifat kimia yang serupa apabila bertindak balas dengan sebatian tertentu.
Semua logam alkali terbakar dalam gas oksigen dengan cergas untuk menghasilkan pepejal logam oksida.
Aktiviti Makmal 4.3.1: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan oksigen
Semua logam alkali bertindak balas dengan cergas dengan air untuk menghasilkan larutan hidroksida logam alkali dan gas hidrogen.
Aktiviti Makmal 4.3.2: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan air

Semua logam alkali terbakar dalam gas halogen dengan cergas untuk menghasilkan pepejal putih logam halida.
Aktiviti Makmal 4.3.3: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan halogen

Penerangan ringkas mengenai tindak balas logam alkali.
Semua logam alkali mempunyai satu elektron valens.
Logam alkali menderma elektron ini untuk mencapai kestabilan gas adi.
Y Y++ e-

Kereaktifan logam alkali meningkatkan apabila menuruni kumpulan.

Animasi berikut menunjukkan penjelasan pada perubahan pada kereaktifan logam alkali.

■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri fizik dan tindak balas kimia bagi unsur Kumpulan 1.









⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

14 comments:

  1. bagaimana kump 1 disipan dlm makmal?

    ReplyDelete
  2. kenapa kumpulan 1 pertambahan saiz atom menyebabkan takat lebur dan takat didih rendah tetapi kumpulan 17 pertambahan saiz atom menyebabkan takat lebur dan takat didih meningkat?

    ReplyDelete
  3. Adakah rubidium menunjukan sifat kimia yang sama seperti kalium

    ReplyDelete
  4. Kenapa natrium lagi besar daripada litium

    ReplyDelete
  5. Antara natrium dan Litium yang manakah lebih reaktif. Kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. natrium lebih reaktif. bilangan petala yang berisi elektron bertambah apabila menuruni kumpulan 1 (litium> natrium>kalium). menyebabkan pertambahan saiz atom.

      Delete
    2. Natrium kerana litium telah mencapai susunan oktet

      Delete
  6. apa sifat fizik bagi kumpulan 1 ??

    ReplyDelete
  7. Apabila menuruni Kumpulan 1 dalam jadual berkala , kereaktifan logam bertambah dari litium ke kalium. Terangkan

    ReplyDelete