Saturday 28 February 2015

Aktiviti Makmal 6.1.1 : Elektrolit and bukan elektrolit


Aktiviti Makmal 6.1.1 : Elektrolit and bukan elektrolit
 Tujuan: Untuk membezakan elektrolit dan bukan elektrolit bagi keadaan leburan dan larutan akueus.

Bahan:
»Plumbum (II) bromida
»Serbuk plumbum
»Kalium iodida
»Naftalena 

Apparatus:
»Bateri
»Mentol
»Elektrod karbon
»Penunu Bunsen
»Tugu kaki tiga
»Kasa dawai
»Mangkuk pijar
Prosedur

(A) Keadaan leburan
1. Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.
2. Mangkuk pijar diisi sehingga separuh penuh dengan serbuk plumbum (II) bromida.
3. Suis dihidupkan dan mentol direkodkan jika ia menyala.
4. Serbuk plumbum (II) bromida dipanaskan sehingga cair. Suis dihidupkan semula untuk memeriksa sama ada mentol menyala.
5. Eksperimen diulangi dengan menggunakan kalium iodida, serbuk plumbum, glukosa dan naftalena.

(B) Keadaan akueus
1. Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.
2. 2 – 3 spatula hablur kalium iodida ditambah ke dalam bikar yang mengandungi 250cm³ air.
3. Larutan dikacau sehingga kalium iodida terlarut.
4. Suis dihidupkan dan mentol direkodkan jika ia menyala.
5. Eksperimen diulangi dengan menggunakan glukosa.
Perbincangan:

(A) Keadaan leburan
Plumbum (II) bromida dan kalium iodida boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan lebur kerana mereka mempunyai ion bercas yang bebas bergerak. Oleh itu, mereka adalah elektrolit.
Plumbum adalah konduktor yang baik.
Glukosa dan naftalena terdiri daripada molekul kovalen neutral. Tiada ion yang membawa cas elektrik wujug. Oleh itu, mereka bukan elektrolit.

(B) Keadaan akueus
Plumbum (II) bromida dan naftalena tidak larut dalam air. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk digunakan dalam penyiasatan pengaliran elektrik dalam larutan akueus.
Larutan kalium iodida mengkonduksikan arus elektrik kerana ia mengandungi ion yang bergerak bebas dalam larutan.
Larutan glukosa terdiri daripada molekul. Tiada ion yang membawa cas elektrik wujud. Oleh itu, ia tidak boleh mengalirkan elektrik.
 Kesimpulan:

Elektrolit boleh mengalirkan elektrik di dalam keadaan leburan atau larutan akueus.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment