Thursday 12 February 2015

4.2 Unsur Kumpulan 18

Sifat-sifat fizik
■ Unsur-unsur Kumpulan 18

Helium, He
Neon, Ne
Argon, Ar
Kripton Kr
Xenon, Xe
Radon, Rn

Kaedah mnemonik berikut boleh digunakan untuk menghafal urutan unsur-unsur dalam Kumpulan 18.
Henry Never Arrived; Karen eXited with Ron
■ Sifat fizik

Saiz atom unsur-unsur semakin meningkatkan apabila menuruni kumpulan kerana satu petala  ditambahkan kepada setiap unsur.

Keterlarutan, kekonduksian haba dan elektrik: Tidak boleh larut dalam air dan tidak boleh mengalirkan elektrik dan haba.

Takat Lebur dan takat didih
Di bawah keadaan bilik, ia wujub sebagai gas tanpa warna dengan takat lebur dan takat didih yang rendah.
Sedikit sahaja haba diperlukan untuk mengatasi daya van der Waal lemah yang hadir di antara atom-atom gas.

Ketumpatan rendah kerana atom adalah sangat jauh antara satu sama lain.

Animasi berikut menunjukkan perubahan dalam sifat fizik unsur apabila menuruni Kumpulan 18.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala.

Kestabilan gas adi
■ Susunan elektron dalam gas-gas adi.

Unsur Konfigurasi elektron Susunan elektron
Helium 2
Neon 2.8
Argon 2.8.8
Kripton 2.8.18.8
Xenon 2.8.18.18.8
Radon 2.8.18.32.18.8
Susunan elektron duplet atau oktet adalah sangat stabil kerana petala terluar telah penuh terisi dengan bilangan elektron(maksimum).
■ Kestabilan gas adi

Lengai secara kimia

Wujud sebagai gas mono-atom yang tidak boleh bergabung secara ionik atau kovalen dengan apa-apa unsur lain.

Penerangan ringkas mengenai kestabilan gas-gas adi.
Gas-gas adi mempunyai bilangan elektron valens yang maksimum pada petala paling luar, iaitu dua atau lapan elektron valens.
Petala terluar gas-gas adi adalah penuh diisi dengan elektron dan merupakan susunan elektron yang stabil.
Disebabkan oleh petala valens yang lengkap, semua atom ini tidak boleh menerima, menderma atau berkongsi elektron dengan unsur-unsur lain.
Oleh itu gas-gas adi tidak reaktif secara kimia atau juga dikenali sebagai lengai.

Uses of inert gas
Helium:
○ Belon udara panas.
○ Bercampur dengan oksigen dan digunakan oleh penyelam.
Neon: Mentol lampu bagi iklan dan lampu pendaratan bagi kapal terbang.
Xenon: Suatu anestetik dalam bidang perubatan.
Argon: Mentol elektrik.
Kripton: Flash Lampu dalam fotografi.
Radon: Untuk merawat pesakit kanser.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment