Thursday 12 February 2015

4.1 Jadual Berkala Unsur

Jadual berkala unsur
■ Satu bentuk mengelaskan unsur-unsur secara sistematik dengan meletakkan unsur-unsur dengan ciri-ciri yang sama dalam kumpulan yang sama. 
■ Dalam Jadual Berkala unsur

Unsur-unsur disusun dalam turutan bilangan proton yang semakin meningkat.

Unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama diletakkan dalam kumpulan yang sama.

Ciri-ciri bagi unsur dan sebatiannya boleh diramal, dengan itu penyelidikan kimia terhadapnya boleh dilakukan dengan lebih mudah dan sistematik.
■ Sejarah perkembangan Jadual Berkala unsur

Beberapa ahli sains telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan dalam Jadual Berkala pada abad kelapan belas dan kesembilan belas.

Jadual berikut menunjukkan sumbangan ahli sains dalam perkembangan Jadual Berkala.
Antoine Lavoisier
(1743 – 1794)
Beliau telah menulis senarai unsur-unsur pertama yang mengandungi 33 unsur.
Beliau membezakan di antara logam dan bukan logam.
Pengelasan beliau tidak berjaya kerana cahaya, haba dan beberapa sebatian lain juga dianggap sebagai unsur-unsur.
Johann W.Dobereiner
(1780 - 1849)
Beliau mencadangkan peraturan Triad, di mana unsur-unsur dengan ciri-ciri yang sama dikelaskan dalam kumpulan yang sama.
Litium, natrium dan kalium membentuk satu triad.
Kalsium, strontium dan barium membentuk satu triad.
Klorin, bromin dan iodin membentuk satu triad.
John Newlands
(1837 - 1898)
Beliau mencadangkan peraturan Octave yang mengelaskan unsur-unsur mengikut jisim atom relatif yang semakin meningkat.
Lothar Meyer
(1830 - 1895)
Beliau berjaya mengumpulkan 56 unsur dalam Jadual Berkala berdasarkan sifat kekalaan seperti jisim molar yang disusun mengikut urutan berat atom.
Beliau memplotkan graf isipadu atom terhadap jisim atom bagi setiap unsur dan mencadangkan bahawa unsur-unsur yang menduduki kedudukan yang sepadan pada graf menunjukkan sifat kimia yang sama.
Dimitri Mendeleev
(1834 – 1907)
Beliau telah menyusun unsur-unsur mengikut nombor atom yang semakin meningkat dalam kumpulan mengufuk yang dipanggil kala.
Beliau mencadangkan bahawa sifat-sifat unsur berubah secara berkala. Unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama diletakkan di baris menegak yang dipanggil kumpulan.
Beliau meninggalkan ruang kosong untuk unsur yang belum ditemui pada waktu itu.
Beliau dapat meramalkan sifat-sifat unsur-unsur yang belum ditemui.
Henry Moseley
(1887 - 1915)
Beliau telah merancang unsur-unsur mengikut nombor proton yang semakin meningkat.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai perkembangan Jadual Berkala yang kita ada hari ini.


Jadual Berkala moden
■ Jadual Berkala

Disusun mengikut nombor proton unsur-unsur yang semakin meningkat.

Unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama diletakkan dalam kumpulan yang sama.

Animasi berikut menunjukkan Jadual Berkala yang moden.

Animasi berikut menunjukkan ringkasan maklumat yang boleh diperolehi daripada Jadual Berkala.
■ Kumpulan

Turus tegak dalam Jadual Berkala.

Setiap ahli kumpulan menunjukkan sifat kimia yang sama.

Ciri-ciri fizik menunjukkan perubahan secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan.

Beberapa kumpulan mempunyai nama khas.
Kumpulan Nama khas
Kumpulan 1 Alkali
Kumpulan 2 Logam alkali bumi
Kumpulan 17 Halogen
Kumpulan 18 Gas-gas adi
Kumpulan 3 to 12 Unsur-unsur peralihan
■ Kala

Baris mengufuk dalam Jadual Berkala.

Bilangan proton meningkat satu per satu dari kiri ke kanan bagi kala.

Mengandungi unsur-unsur dengan ciri-ciri kimia dan fizikal yang berubah secara beransur-ansur daripada logam kepada bukan logam.

Contoh unsur-unsur dalam kala 3:
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai kumpulan dan kala dalam Jadual Berkala.

Susunan elektron bagi unsur-unsur dalam Jadual Berkala
■ Susunan unsur-unsur dalam Jadual Berkala (pertama 20 unsur)


Daripada jadual ini, unsur-unsur dalam satu kumpulan
○ mempunyai bilangan elektron valens yang sama.
○ mempunyai sifat-sifat kimia yang sama.
○ menunjukkan sifat-sifat fizik yang berubah secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan. 

Daripada jadual ini, unsur-unsur dalam kala yang sama mempunyai bilangan petala terisi elektron yang sama.
■ Hubungan antara susunan elektron dalam atom bagi setiap unsur dengan kumpulan dan kalanya.

Dengan mengetahui nombor proton bagi unsur, kita boleh menulis susunan elektron bagi unsur tersebut.

Oleh itu, Kumpulan dan Kala bagi unsur tersebut dalam Jadual Berkala dapat ditentukan.
■ Video berikut menerangkan hubungan antara susunan elektron bagi kumpulan dan kalanya. 




✍ Contoh 4.1(a)

Unsur T mempunyai nombor proton 12 dan nombor nukleon 24. Apakah kumpulan dan kala bagi unsur tersebut dalam Jadual Berkala Unsur?
Penyelesaian
Bilangan elektron = nombor proton = 12
Susunan elektron: 2.8.2
Unsur T mempunyai 2 elektron valens. Jadi, unsur T terletak dalam Kumpulan 2 Jadual Berkala unsur.

Unsur T mempunyai tiga petala yang terisi elektron. Jadi, unsur T terletak dalam Kala 3 Jadual Berkala unsur. 


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: