Sunday, 8 February 2015

3.1 Jisim Atom Relatif dan Jisim molekul relatif

Relative atomic mass
■ Jisim atom relatif adalah berdasarkan kepada skala karbon-12 [piawai moden]

Definisi : Bilangan kali jisim satu atom lebih besar daripada 112 jisim satu atom karbon-12.
Jisim atom relatif = Jisim satu atom bahan 112 × jisim satu atom karbon-12 

Contoh: Satu atom magnesium adalah 24 kali lebih besar daripada 112 jisim atom karbon-12, jadi jisim atom relatif bagi magnesium adalah 24.
Jisim atom relatif bagu magnesium
=24×112 ×j.a.r of karbon-12
=24×112 ×12
=24

Animasi berikut menunjukkan idea bagi jisim atom relatif dengan lebih terperinci.
■ Jisim atom relatif bagi beberapa bahan:

Unsur Simbol Jisim atom relatif
Hydrogen H 1
Helium He 4
Carbon C 12
Nitrogen N 14
Oxygen O 16
Sodium Na 23


Jisim molekul relatif
■ Jisim molekul relatif adalah berdasarkan kepada skala karbon-12.

Definisi : Bilangan kali jisim satu molekul lebih besar daripada 112 jisim satu atom karbon-12.
Jisim molekul relatif =Jisim satu molekul bahan112 × jisim satu atom karbon-12 

Contoh: Satu molekul nitrogen ( N2 ) adalah 28 kali lebih besar daripada 112atom karbon-12, jadi jisim molekul relatif nitrogen adalah 28.

■ Pengiraan jisim molekul relatif:

Menambahkan jisim atom relatif semua atom unsur-unsur yang membentuk molekul tersebut.
Video berikut memberi idea tentang jisim atom relatif dan jisim molekul relatif.

Contoh 3.1(a)

Hitungkan jisim molekul relatif bagi bahan-bahan berikut:
(Jisim atom relatif: H: 1; C: 12; N: 14; O: 16)

Penyelesaian
Bahan Formula molekul Jisim molekul relatif
Nitrogen N2 14×2=28
Air H2O (1×2)+16=18
Glukosa C6H12O6 (12×6)+(1×2)+ (16×6) =180


Jisim formula relatif
■ Jisim formula relatif adalah berdasarkan kepada skala karbon-12.

Definisi : Bilangan kali jisim satu bahan ionik lebih besar daripada 112 jisim satu atom karbon-12.
Jisim formula relatif =Jisim suatu bahan ionik112 × jisim satu atom karbon-12

■ Pengiraan jisim formula relatif

Menambahkan jisim atom relatif semua atom unsur-unsur yang membentuk sebatian ionik tersebut.
Contoh 3.1(b)

Kira jisim formula relatif untuk bahan-bahan berikut:
(Jisim atom relatif: H: 1; C: 12; O: 16, Mg: 24, S: 32, Cl: 35.5, Ca: 40, Cu: 64)

Penyelesaian
Bahan Formula sebatian Jisim formula relatif
Kuprum Klorida CuCl2 64+ (35.5×2) =135
Kalsium Karbonat CaCO3 40+12+ (16×3) =100
Magnesium sulfat terhidrat MgSO4.7H2O 24+32+ (16×4)+ 7{(1×2)+16} =246

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment