Friday 27 February 2015

6.1 Sifat Elektrolit dan Bukan Elektrolit

Sifat Elektrolit dan Bukan elektrolit
■ Elektrolit

Suatu sebatian yang hanya mengkonduksikan elektrik apabila dalam keadaan leburan atau larut dalam air(akueus).

Mengandungi ion yang bergerak bebas untuk membawa cas elektrik.

Mengalami penguraian kepada unsur-unsur apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

Contoh :
Oksida dan hidroksida logam dalam keadaan leburan atau larutan berakueus(jika tidak larut).
Larutan akueus bagi asid mineral.
■ Bukan elektrolit

Satu sebatian yang tidak mengalirkan elektrik, sama ada dalam keadaan pepejal, leburan atau larutan akueus.

Tiada ion yang boleh membawa cas elektrik.

Tiada perubahan apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

Contoh: Semua sebatian kovalen seperti naftalena, gula, benzena dan lain-lain lagi.
■ Video berikut memberi pengenalan ringkas kepada elektrokimia.



Aktiviti Makmal 6.1.1 : Elektrolit and bukan elektrolit


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment