Thursday 19 February 2015

Aktiviti Makmal 4.3.1: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan oksigen


Aktiviti Makmal 4.3.1: Mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan oksigen
Tujuan: Untuk mengkaji tindak balas antara logam alkali dengan oksigen 
Pernyataan masalah: Bagaimana litium, natrium dan kalium berbeza dalam kereaktifan terhadap oksigen?
Hipotesis: Kereaktifan meningkatkan bagi tindak balas antara logam alkali dan oksigen apabila turun Kumpulan 1
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Oksigen
» Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis logam alkali
» Pembolehubah bergerakbalas: Kereaktifan logam terhadap oksigen

Bahan:
»Litium
»Natrium
»Kalium
»Penunjuk fenolftalein
»Oksigen
»Air
»Kertas turas

Radas:
»Balang gas dengan penutup
»Balang gas dengan sudu
»Pisau Kecil
»Tabung uji
»Forsep
»Penunu Bunsen
Procedur:

1. Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.
2. Sepotong kecil litium dipotong dengan pisau dan dikeringkan dengan kertas turas.
3. Litium itu diletakkan dalam sudu balang gas dengan menggunakan forsep.
4. Litium dipanaskan sehingga ia mula membakar dan kemudian diletakkan ke dalam balang gas yang penuh dengan oksigen.
5. Apabila tindak balas itu selesai, 10cm3  air ditambah ke dalam balang gas.
6. Dua titik penunjuk fenolftalein kemudiannya ditambah ke dalam balang gas.
7. Warna penunjuk dengan hasil larutan yang terbentuk dalam balang gas itu direkodkan.
8. Eksperimen diulangi dengan menggunakan natrium dan kalium.
Keputusan:

Logam Pemerhatian Warna larutan dihasilkan apabila ditambah dengan penunjuk fenolftalein.
Litium Terbakar dengan nyalaan merah. Membentuk abu putih yang larut dalam air untuk membentuk larutan tidak berwarna. Merah jambu
Sodium Terbakar cergas dengan nyalaan kuning yang cerah. Membentuk abu putih yang larut dalam air untuk membentuk larutan tidak berwarna. Merah jambu
Potassium Terbakar sangat cergas dengan nyalaan ungu cerah. Membentuk abu putih yang larut dalam air untuk membentuk larutan tidak berwarna. Merah jambu
Perbincangan:

Litium, natrium dan kalium bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan oksida logam yang berwarna putih.
4Li(p) + O2(g) 2Li2O(p)
4Na(p) + O2(g) 2Na2O(p)
4K(p) + O2(g) 2K2O(p)

Pepejal putih yang terbentuk adalah oksida logam beralkali.

Pembakaran litium dalam oksigen adalah yang tidak cergas dan pembakaran kalium adalah yang paling cergas. Oleh itu, kereaktifan logam meningkatkan apabila menuruni ke bawah Kumpulan 1.

Oksida logam larut dalam air untuk membentuk larutan beralkali. Oleh itu, larutan penunjuk fenolftalein bertukar kepada warna merah jambu.
Li2O(p) + H2O(ce) 2LiOH(ak)
Na2O(p) + H2O(ce) 2NaOH(ak)
K2O(p) + H2O(ce) 2KOH(ak)
Kesimpulan:

Semua logam Kumpulan 1 bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk oksida logam yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali.

Kereaktifan meningkatkan apabila menuruni ke bawah Kumpulan 1.

Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

4 comments:

  1. Kenapa eksperimen yang melibatkan natrium dan kalium dijalankan oleh guru tetapi bukan pelajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu saya pernah cakap, sebab natrium dan kalium tu bahaya. Kereaktifan dia tinggi.

      Delete
  2. boleh berikan susunan tertib menaik bagi litum,natriuum dan kalium yang bertindak balas dengan air dan oksigen

    ReplyDelete
  3. mengapa unsur w x dan z terletak dalam kump 1

    ReplyDelete