Friday 20 February 2015

Aktiviti Makmal 4.5.1: Menentukan sifat-sifat oksida unsur-unsur dalam Kala 3


Aktiviti Makmal 4.5.1: Menentukan sifat-sifat oksida unsur-unsur dalam Kala 3.
 Tujuan: Untuk mengkaji perubahan sifat-sifat oksida bagi unsur-unsur dalam Kala 3.
 Pernyataan masalah: Bagaimana sifat-sifat unsur oksida berubah apabila merentasi Kala 3?
 Hipotesis: Sifat-sifat oksida bagi unsur-unsur Kala 3 berubah dari bes kepada asid apabila merentai kala tersebut.
 Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Oksigen dan air
» Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis unsur oksida
» Pembolehubah bergerakbalas:  Perubahan dalam sifat-sifat unsur

Bahan:
»Natrium oksida
»Magnesium oksida
»Aluminium oksida
»Silikon (IV) oksida
»Fosforus oksida
»Sulfur dioksida
»Dichlorine heptoksida
»Penunjuk Universal
»Air

Apparatus:
» Bunsen burner
» Glass rod
» Rubber stopper
» Test tube
» Test tube holder
 Prosedur:

(A) Dengan air
1. 10ml air ditambah masuk ke dalam tabung uji yang mengandungi setengah spatula natrium oksida dan kandungannya digoncang.
2. 2 titis penunjuk universal ditambah kepada campuran dan pH larutan diperhatikan.
3. Langkah 1 dan 2 diulangi dengan oksida-oksida unsur lain. Semua pemerhatian direkodkan.

(B) Dengan natrium hidroksida dan asid nitrik
1. Setengah spatula serbuk natrium oksida dimasukkan ke dalam dua tabung uji yang berasingan.
2. 10ml natrium hidroksida ditambahkan kepada tabung uji pertama.
3. 10ml asid nitrik ditambahkan kepada tabung uji yang satu lagi.
4. Kandungan dalam setiap tabung uji dipanaskan perlahan-lahan sambil dikacau dengan rod kaca.
5. Keterlarutan oksida dalam kedua-dua larutan diperhatikan dan direkodkan.
6. Langkah 1- 5 diulangi dengan oksida-oksida yang lain.
 Keputusan:

Pemerhatian
Oksida Dengan air Nilai pH Dengan NaOH Dengan HNO3
Na2O Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
13 - 14 Tidak larut Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
MgO Sedikit terlarut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
8 - 9 Tidak larut Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
Al2O3 Tidak larut 7 Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
SiO2 Tidak larut 7 Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
Tidak larut
P4O10 Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
2 - 3 Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
Tidak larut
SO2 Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
2 - 3 - -
Cl2O7 Larut.
Membentuk larutan tidak berwarna.
1 - -
 Perbincangan:

Inferen
Oksida Inferen
Na2O Bes kuat. Membentuk alkali yang kuat. Menunjukkan sifat kelogaman.
Bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air.

Na2O(p) + 2HNO3(aq) → 2NaNO3(aq) + H2O(l)
MgO Oksida bes. Membentuk alkali yang kuat. Menunjukkan sifat kelogaman.
Bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air.

MgO(p) + 2HNO3(aq) → Mg(NO3)2(aq) + H2O(l)
Al2O3 Oksida amfoterik. Menunjukkan sifat separa logam.
Bertindak balas dengan kedua-dua asid dan alkali untuk membentuk garam dan air.

Al2O3(s) + 6HNO3(aq) → 2Al(NO3)3(aq) + 3H2O(l)

Al2O3(s) + 2NaOH(aq) → 2NaAlO2(aq) + 3H2O(l)
SiO2 Oksida berasid.
Menunjukkan sifat bukan logam.

SiO2(s) + 2NaOH(aq) → Na2SiO3(aq) + H2O(l)
P4O10 Oksida berasid.
Menunjukkan sifat bukan logam.

P4O10(s) + 12NaOH(aq) → 4Na3PO4(aq) + 6H2O(l)
SO2 Membentuk asid. Oksida berasid.
Menunjukkan sifat bukan logam.
Cl2O7 Asid kuat terbentuk. Oksida berasid.
Menunjukkan sifat bukan logam.

Keterlarutan dalam air berkurangan dari Kumpulan 1 hingga 13 untuk logam.

Keterlarutan dalam air bertambah dari Kumpulan 14 hingga 17 untuk bukan logam.
 Kesimpulan:

Oksida-oksida unsur Kala 3 dalam berubah dari bes ke amfoterik, dan kemudian kepada sifat berasid apabila merentasi Kala 3 dari kiri ke kanan.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments: