Friday 20 February 2015

Aktiviti Makmal 4.4.3: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan larutan natrium hidroksida akueus.


Aktiviti Makmal 4.4.3: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan larutan natrium hidroksida akueus.
Tujuan: Untuk mengkaji tindak balas antara halogen dan larutan natrium hidroksida.
Pernyataan masalah: Bagaimana klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida?
Hipotesis: Kereaktifan berkurangan bagi tindak balas antara halogen dan larutan natrium hidroksida apabila menuruni Kumpulan 17.
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan : Larutan natrium hidroksida
» Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis halogen
» Pembolehubah bergerakbalas: Kereaktifan tindak balas

Bahan:
» Gas klorin
» Larutan bromin
» Pepejal iodin
» Larutan natrium hidroksida 

Apparatus:
» Penyumbat getah
»Tabung uji 
Prosedur:

Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.

(A) Dengan klorin
1. Gas klorin dialirkan ke dalam tabung yang mengandungi larutan natrium hidroksida.
2. Semua pemerhatian direkodkan.

(B) Dengan bromin
1. Beberapa titik cecair bromin dititis ke dalam tabung yang mengandungi larutan natrium hidroksida.
2. Tabung uji ditutup dengan gabus dan digoncang.
3. Semua pemerhatian direkodkan.

(C) Dengan iodin
1. Sedikit pepejal iodin dimasukkan ke dalam tabung yang mengandungi larutan natrium hidroksida.
2. Tabung uji ditutup dengan gabus dan digoncang.
3. Semua pemerhatian direkodkan.
Keputusan:

Halogen Pemerhatian
Klorin Larut dengan cepat. Warna kuning kehijauan klorin berubah ke tidak berwarna.
Bromin Larut dengan kurang cepat. Membentuk larutan tidak berwarna.
Iodin Larut dengan perlahan-lahan untuk membentuk larutan tidak berwarna.
Perbincangan:

Klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan hidroksida untuk membentuk natrium halida, natrium hipohalite dan air.

Klorin larut dengan cepat dalam larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium klorida, natrium hipoklorit dan air.
Cl2(g) + 2NaOH(ak) NaCl(ak) + NaClO(ak) + H2O(ce)

Bromin larut kurang cepat dalam larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium bromida, natrium hipobromite dan air.
Br2(g) + 2NaOH(ak) NaBr(ak) + NaBrO(ak) + H2O(ce)

Iodin larut dengan perlahan-lahan dalam larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium iodida, natrium hipoiodite dan air.
I2(g) + 2NaOH(ak) NaI(ak) + NaIO(ak) + H2O(ce)

Kereaktifan halogen dengan larutan natrium hidroksida berkurangan apabila menuruni Kumpulan 17.
Kesimpulan:

Halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida.

Kereaktifan meningkatkan apabila menuruni Kumpulan 17.

Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment