Sunday, 8 February 2015

2.3 Isotop dan Kepentingannya

Isotop
■ Isotop

► Definisi: Atom unsur-unsur yang sama dengan bilangan proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza.

► Definisi: Atom unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

► Animasi berikut menunjukkan contoh-contoh bagi isotop. (English)
■ Isotop bagi unsur

► Sifat-sifat kimia yang sama kerana mereka mempunyai susunan elektron yang sama.

► Sifat-sifat fizikal yang berbeza disebabkan oleh perbezaan bilangan neutron.

► Video berikut mengandungi maklumat mengenai isotop bagi unsur. (English)
■ Isotop radioaktif (radioisotop)

► Isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif.

✍ Contoh latihan 2.3(a)
Lengkapkan bilangan zarah subatom bagi isotop oksigen.
Simbol Bilangan proton Bilangan elektron Bilangan neutron
Oksigen-16, 168 O 8 8 8
Oksigen-17, 178O 8 8 9
Oksigen-18, 188O 8 8 10


Penggunaan isotop dalam kehidupan harian
■ Perubatan

► Sinar Gamma dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

► Iodin-131 ini disuntik ke dalam badan pesakit untuk mengesan kelenjar tiroid.

► Peralatan perubatan disterilkan dengan menggunakan sinar gamma.
■ Pertanian

► Karbon-14 digunakan untuk mengkaji lintasaan karbon dalam proses fotosintesis bagi tumbuh-tumbuhan.

► Perosak dikawal dengan mutasi genetik.
■ Industri

► Mengawal ketebalan kertas dalam industri.

► Isotop natrium-24 digunakan untuk mengesan kebocoran paip di bawah tanah.
■ Arkeologi: Radioisotop karbon-14 digunakan untuk mengkaji usia artifak purba.
■ Indutri makanan: Melanjutkan hayat simpanan makanan dengan radiasi gamma.
■ Industri Makanan: Mencegah percambahan kentang dan sayur-sayuran.
■ Video berikut mengandungi maklumat tentang penggunaan isotop dalam kehidupan seharian. (English)


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment