Monday, 9 February 2015

3.4 Mol dan Isipadu Gas

Bilangan mol dan isipadu molar
Definisi : : Isipadu molar : Isipadu 1 mol gas pada suhu dan tekanan yang tertentu.

Pada keadaan bilik  (25°C dan tekanan 1 atmosfera), 1 mol gas menduduki isipadu sebanyak 24dm3 .

Pada keadaan piawai (0 dan tekanan 1 atmosfera), 1 mol gas menduduki isipadu sebanyak 22.4dm3.
■ Ringkasan bagi hubungan antara bilangan mol, isipadu gas dan isipadu molar gas.

Contoh 3.4(a)

Hitungkan isipadu yang ditempati oleh 3.5 mol gas ammonia,   NH pada keadaan s.t.p.
Penyelesaian

Isipadu gas
= 3.5×22.4
= 78.4dm3

Contoh 3.4(b)

Hitungkan isipadu gas yang ditempati bagi gas-gas berikut pada keadaan s.t.p:
[JAR: H = 1, C = 12, N = 14, O = 16,], [NA = = 6.02×1023 ,  mol gas menempati isipadu 22.4 dm³ pada keadaan s.t.p] 

(a) 8.8 g karbon dioksida, CO2 
Penyelesaian
Langkah 1:
Bilangan mol  = Jisim karbon dioksida Jisim molekul relatif
=8.8 12 + (2×16)
=8.8 12 + 32
=8.8 44
= 0.2mol
Langkah 2:
Isipadu 8.8 g karbon dioksida, CO2
= Bilangan mol × Isipadu molar 
= 0.2×22.4
= 4.48dm3

(b) 1.5×1023 molekul oksigen, O2 
Penyelesaian
Langkah 1:
Bilangan mol = Bilangan zarah Pemalar Avogrado
=1.5×1023 6×1023
= 0.25mol
Langkah 2
Isipadu oksigen
= Bilangan mol × Isipadu molar 
= 0.25×22.4
= 5.6dm3


Ringkasan Konsep Mol
■ Ringkasan bagi hubungan antara bilangan mol sebatian dengan bilangan zarah, jisim dan isipadu. 

Contoh 3.4(c)

Hitungkan isipadu gas yang ditempati bagi gas-gas berikut pada keadaan s.t.p.
[Isipadu molar pada s.t.p = 22.4dm3, NA = 6×1023 , H = 1, C = 12, O = 16, N = 14, Cl = 35.5, Ne = 20]

(a) 0.5 g neon, Ne.
Penyelesaian
Langkah 1:
Bilangan mol = Jisim neon Jisim atom relatif
=0.5 20
= 0.025mol
Langkah 2:
Isipadu 0.5 g neon CO2
= = Bilangan mol × Isipadu molar
= 0.025×22.4
= 0.56dm3

(b) 1.5 mol karbon dioksida, CO2
Penyelesaian :
Isipadu 1.5 mol CO2
= Bilangan mol × Isipadu molar 

= 1.5×22.4
= 33.6dm3

(c) 4.8×1022 molekul klorin, Cl2
Penyelesaian
Langkah 1:
Bilangan mol = Bilangan zarah Pemalar Avogrado
=4.8×1022 6×1023
= 0.08mol
Langkah 2:
Isipadu  Cl2
= Bilangan mol × Isipadu molar
= 0.08×22.4
= 1.792dm3


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment