Monday 9 February 2015

3.5 Formula Kimia

Formula kimia
■ Formula kimia

Digunakan untuk mewakili sebatian kimia.

Unsur-unsur yang hadir dalam sebatian akan diwakili dengan simbol-simbolnya.

Bilangan nombor relatif setiap unsur yang hadir dalam sebatian ditandakan dengan subskrip yang ditulis selepas simbolnya.
■ Contoh:

Beberapa sebatian kovalen dan formula kimianya.

Nombor atom bagi setiap unsur yang membentuk sebatian.

Sebatian Formula kimia Nombor atom bagi setiap unsur
Oksigen O2 2 atom oksigen
Klorin Cl2 2 atom klorin
Karbon dioksida CO2 1 atom carbon dan 2 atom oksigen
Nitrogen dioksida NO2 1 atom nitrogen dan 2 atom oksigen
Asid Sulfurik H2SO4 2 atom hidrogen, 1 atom sulfur dan 4 atom oksigen
Asid Nitrik HNO3 1 atom hidrogen, 1 atom nitrogen dan 3 atom oksigen
■ Terdapat dua jenis formula kimia:

(a) Formula empirik

(b) Formula molekul


Formula empirik dan formula molekul
■ Formula empirik :

Definisi: Formula empirik : Menunjukkan nisbah yang paling ringkas bagi bilangan atom setiap unsur dalam sesuatu sebatian.
■ Molecular formula:

Definisi: Formula molekul: Menunjukkan bilangan sebenar setiap unsur yang bergabung untuk membentuk sesuatu sebatian.

Formula molekul ialah gandaan formula empirik.
Formula molekul = (Formula empirik)n, di mana n adalah integer.

Contoh :
Formula empirik glukosa, C6H12O6 = CH2O
[Bahagikan bilangan atom dengan 6 untuk mendapatkan nisbah teringkas atom]
Formula molekul glukosa = C6H12O6
■ Langkah-langkah berikut boleh digunakan untuk mendapatkan formula empirik sesuatu sebatian:

Langkah 1: Cari jisim atau peratusan unsur-unsur dalam sebatian.

Langkah 2: Bahagikan jisim atau peratusan dengan jisim atom relatif (JAR) untuk mencari bilangan mol.

Langkah 3: Cari nisbah yang paling kecil dengan membahagikan jumlah yang diperoleh di Langkah 2 dengan jumlah yang paling kecil sekali.

Langkah 4: Tulis formula empirik
Aktiviti Makmal 3.5.1: Menentukan formula empirik kuprum oksida
Aktiviti Makmal 3.5.2: Menentukan formula empirik magnesium oksida

Contoh latihan 3.5(a)
Dalam satu eksperimen, logam X bergabung dengan 4.32g oksigen untuk membentuk 13.66g sebatian oksida logam X.
Cari formula empirik oksida logam.
[JAR: X = 52, O = 16].
Unsur X O
Jisim 13.66 – 4.32 = 9.34g 4.32g
Bilangan mol ( 9.24 / 52 ) = 0.18 ( 4.62 / 16 ) = 0.27
Nisbah ( 0.18 / 0.18 ) = 1.00 ( 0.27 / 0.18 ) = 1.50
Nisbah tringkas 2 3
Formula empirik bagi sebatian adalah X2O3

Contoh latihan 3.5(b)
Sebatian CxHyOz mengandungi 40% karbon dan 53.3% oksigen. Jika jisim molekul relatif sebatian ialah 180, tentukan:

(a) Formula empirik


Unsur C H O
Jisim 40% 100 - 53.5 - 40 = 6.7% 53.5%
Bilangan mol ( 40 / 12 ) = 3.33 ( 6.7 / 1.0 ) = 6.7 ( 53.3 / 16.0 ) = 3.33
Nisbah ( 3.33 / 3.33 ) = 1.00 ( 0.27 / 0.18 ) = 1.5 ( 3.33 / 3.33 ) = 1.00
Nisbah teringkas 1 2 1
Formula empirik bagi sebatian adalah CH2O

(b) Formula molekul sebatian tersebut


Anggapkan formula molekul sebatian CxHyOz adalah (CH2O)n.
Jisim molekul relatif adalah 180.
Maka, (12 + 2 × 1) + 16)n = 180
30n = 180
n = 6
Maka, formula molekul bagi sebatian adalah (CH2O)6 atau C6H12O6
[JAR: H, 1; C, 12; O = 16]

Formula Ionik
■ Kaedah untuk menulis formula ionik

Boleh ditulis jika cas kation (ion bercas positif) dan anion yang (ion bercas negatif) membentuk sebatian ionik diketahui.

Kation Anion
Cas+ Cas2+ Cas3+ Cas4+ Cas1- Cas2- Cas3-
H+
Na+
K+
Cu+
Ag+
NH4+
Ca2+
Mg2+
Zn2+
Cu2+
Fe2+
Pb2+
Mn2+
Hg2+
Ni2+
Ba2+
Al3+
Fe3+
Cr3+
Pb4+
Sn4+
Mn4+
Cl-
Br-
I-
OH-
HCO-
NO3-
CO32-
SO42-
O22-
PO33-
PO43-
NOTA PENTING: Hafalkan semua cas kation dan anion.

■ Untuk menulis formula kimia sebatian ion, langkah-langkah berikut boleh digunakan.

(a) Tuliskan formula ion dan cas yang terlibat dalam pembentukan sebatian.

(b) Kemudian imbangkan cas positif dan negatif yang terlibat.

(c) Akhirnya tuliskan formula kimia bagi sebatian ion tanpa cas.
■ Animasi berikut menunjukkan kaedah menulis formula kimia.

Penamaan Sebatian Kimia
■ Penamaan sebatian kimia

Berdasarkan cadangan IUPAC(International Union of Pure dan Applied Chemistry)
■ Penamaan sebatian ionik

Namakan kation yang pertama, diikuti dengan nama anion.
Kation Anion Nama sebatian ionik
Ion natrium Ion klorida Natrium klorida
Ion magnesium Ion karbonat Magnesium karbonat

Angka Roman digunakan dalam penamaan logam yang membentuk lebih daripada satu jenis ion.
Kation Anion Nama sebatian ionik
Ion besi(II), Fe2+ Ion oksida Besi(II) oksida
Ion besi(III), Fe3+ Ion oksida Besi(III) oksida
■ Penamaan sebatian molekul

Dalam penamaan sebatain molekul yang mudah, namakan unsur pertama, diikuti oleh unsur kedua dengan 'ida' .
HCl – Hidrogen klorida ; HI – Hidrogen iodida
CO – Karbon monoksida ; CO2 – Karbon dioksida.

Awalan Greek digunakan untuk menunjukkan bilangan atom setiap unsur dalam sebatian.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments: