Monday 9 February 2015

3.3 Mol dan Jisim Bahan

Bilangan mol dan jisim
Definisi : Jisim molar: Jisim bahan yang mengandungi satu mol bahan.

Jisim molar bahan = jisim 1 mol bahan

Jisim molar bahan = jisim bahan untuk 6.02×1023  zarah.
■ Hubungan antara bilangan mol, jisim molar dan jisim bahan.

Jisim molar suatu bahan adalah bersamaan dengan jisim atom relatif, jisim molekul relatif atau jisim formula relatif yang ditulis dalam unit gram.

Contoh:
Jisim atom relatif nitrogen, N = 14, jadi jisim molar bagi nitrogen adalah 14g.
Jisim molekul relatif nitrogen, N2 = 14 x 2 = 28, iaitu jisim molar molekul = 28g.
■ Ringkasan bagi hubungan antara bilangan mol, jisim molar dan jisim bahan.


Contoh 3.3(a)

(a) Hitungkan jisim bagi 0.5 mol klorin, Cl2  [JAR: Cl = 35.5]

Penyelesaian
Jisim 0.5 mol klorin Cl2
Bilangan mol =Jisim klorin Jisim molekul relatif
0.5 =Jisim klorin 2.0×35.5
Jisim klorin = 0.5×71
Jisim klorin = 35.5g

(b) Cari bilangan mol bagi 32 g kuprum, Cu. [JAR: Cu = 64] 

Penyelesaian
Bilangan mol =Jisim kuprum Jisim atom relatif
Bilangan mol =32 64
Bilangan mol = 0.5mol

Contoh 3.3(b)
Hitungkan bilangan zarah bagi 20 g metana, CH4 , [RAM: H = 1, C = 12]

Penyelesaian
Bilangan mol =Jisim metana Jisim molekul relatif
Bilangan mol =20 12+(4×1)
Bilangan mol = 1.25mol
Bilangan zarah = Bilangan mol × Pemalar Avogrado
Bilangan zarah = 1.25×6.02×1023
Bilangan zarah = 7.75×1023


⇲ For exercise(objective and subjective), download for free on Android OS.

No comments:

Post a Comment