Monday 16 February 2015

4.5 Unsur Dalam Kala

Sifat-sifat unsur apabila merentasi Kala 3
■ Kala

Baris mendatar dalam Jadual Berkala Unsur.

Bilangan proton meningkat satu per satu apabila merentasi dari kiri ke kanan.
■ Sifat unsur merentasi Kala 3


Sifat-sifat fizik dan kimia unsur-unsur berubah secara beransur-ansur apabila merentasi kala adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
Sifat Unsur Na Mg Al Si P S Cl Ar
Susunan elektron 2.8.1 2.8.2 2.8.3 2.8.4 2.8.5 2.8.6 2.8.7 2.8.8
Elektron valens 1 2 3 4 5 6 7 8

Animasi berikut menunjukkan penjelasan pada perubahan sifat-sifat unsur apabila merentasi Kala 3.
■ Video berikut mengandungi maklumat tentang perubahan sifat unsur apabila merentasi Kala 3.


Aktiviti Makmal 4.5.1: Menentukan sifat-sifat oksida unsur-unsur dalam Kala 3

Contoh 4.5(a)
Pilih benar [√] atau salah [X] untuk pernyataan yang diberikan.
Pernyataan Jawapan
Bilangan proton meningkatkan satu per satu dari kiri ke kanan apabila merentasi kala dalam Jadual Berkala.
Pengingkatan jejari atom apabila merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala.
Pengingkatan keelektronegatifan apabila merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala.
Takat lebur dan takat didih meningkat dan kemudian berkurangan apabila merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala.
Oksida unsur bertukar daripada bes ke amphoteric dan kemudian ke oksida berasid apabila merentasi kala dalam Jadual Berkala.




⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment