Tuesday, 10 February 2015

Aktiviti Makmal 3.5.2: Menentukan formula empirik magnesium oksida

Aktiviti Makmal 3.5.2:
Menentukan formula empirik magnesium oksida
Tujuan: Untuk menentukan formula empirik bagi magnesium oksida
Bahan:
» Magnesium oksida
» Kertas pasir
Radas:
» Mangkuk pijar dengan penutup
» Tungku kaki tiga
» Penunu Bunsen
» Penimbang elektronik
» Pengalas segitiga tanah liat
Prosedur and Keputusan:

Prosedur
1. Animasi berikut menunjukkan susunan radas dan keputusan eksperimen.
2. Pita magnesium sepanjang 20 cm digosok dengan kertas pasir untuk menyingkirkan lapisan oksida pada permukaannya.
Langkah berjaga-jaga: Pita magnesium digosok sebelum pemanasan untuk menyingkirkan magnesium oksida yang terbentuk di permukaannya.
3. Pita magnesium digulung ke dalam bentuk gegelung.
4. Sebuah mangkuk pijar dengan penutup ditimbang dengan penimbang dan jisim direkodkan.
5. Sekeping kertas asbestos kering diletakkan kei dalam mangkuk pijar diikuti dengan pita magnesium yang bergelung. Mangkuk pijar dengan kandungannya ditimbang semula. Beratnya direkodkan.
6. Mangkuk pijar diletakkan pada pengalas segitiga tanah liat di atas tungku kaki tiga dan dipanaskan dengan kuat. Penutup dibuka dan ditutup dengan cepat pada selang masa tertentu bagi membolehkan oksigen dari udara memasuki ke mangkuk pijar sementara mengelakkan wasap putih daripada terlepas ke persekitaran.
Langkah berjaga-jaga: Penutup pijar mangkuk dibuka sekali-sekala untuk membolehkan oksigen dari udara dapat memasuki untuk pembakaran magnesium yang lengkap.
7. Selepas magnesium terbakar dengan lengkap, mangkuk pijar disejukkan dan ditimbang sekali lagi bersama-sama dengan penutup yang. Beratnya direkodkan.
Langkah berjaga-jaga: Sebaik sahaja magnesium terbakar, mangkuk pijar yang ditutup dengan segera untuk mengelakkan asap putih magnesium oksida daripada terlepas, sekali gus menyebabkan jisim oksida yang terbentuk berkurang.
8. Langkah-langkah pemanasan, penyejukan dan penimbangan diulangi sehingga suatu jisim tetap diperolehi.

Keputusan
Jisim mangkuk pijar + penutup
= a g
Jisim mangkuk pijar + penutup + magnesium
= b g    
Jisim mangkuk pijar + penutup + magnesium oksida
= c g
Pengiraan :

Jisim magnesium diperolehi = (b - a) g
Jisim oksigen yang bergabung dengan magnesium = (c - b) g
[Jisim atom relatif: O, 16; Mg, 24]

Unsur Mg O
Jisim (ba) (cb)
Bilangan mol b - a 24 c - b 16
Nisbah teringkas x y

Nisbah Mg : O = x : y
Jadi formula empirik adalah MgxOy
Perbincangan :

Tujuan mengulangi proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan adalah untuk memastikan tindak balas  magnesium oksida berlaku dengan lengkap.
Kesimpulan:

Formula empirik bagi magnesium oksida adalah MgO.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

11 comments:

  1. Sy nk tnya,knapa mangkuk pijar kena tutup dgn penutup sbaik shj magnesium mula trbakar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk mengelakkan wasap magnesium terbebas

      Delete
  2. Bagi mengelakkan wasap putih(mgo) terbebas keluar kerana ia akan mempengaruhi jisim mgo

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Mengapakah wasap putih di dalam mangkuk pijar dielakkan daripada terbebas?

    ReplyDelete
  6. Kerana boleh mengurangkan jisim pita magnesium.

    ReplyDelete
  7. Ape pemerhatian dan inferens

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete