Tuesday 24 February 2015

5.3 Pembentukan Ikatan Kovalen

Ikatan kovalen
■ Ikatan kovalen

Ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron antara dua atom bukan logam.

Semasa pembentukan molekul kovalen, setiap bukan logam atom menyumbang satu atau lebih elektron untuk dikongsi bersama dengan atom lain.

Melalui perkongsian elektron, setiap bukan logam akan mencapai susunan elektron duplet atau oktet.
■ Jenis-jenis ikatan kovalen

Jenis-jenis ikatan kovalen yang terbentuk bergantung kepada jumlah pasangan elektron yang dikongsi antara dua atom.

Terdapat tiga jenis ikatan kovalen seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. 
Bilangan pasang elektron yang dikongsi antara dua atom Jenis ikatan kovalen Contoh molekul
1 Ikatan kovalen tunggal Molekul hidrogen,  H2 ( H - H )
2 Ikatan kovalen ganda dua Molekul oksigen, O2 (O = O)
3 Ikatan kovalen ganda tiga Molekul nitrogen, N2 (N ≡ N)
Satu ikatan kovalen boleh diwakili oleh satu garis lurus di antara atom.
Pembentukan ikatan kovalen tunggal
■ Ikatan kovalen tunggal

Berkongsi sepasang elektron antara dua atom bukan logam.

Setiap atom bukan logam menyumbangkan satu elektron untuk berkongsi supaya mencapai susunan elektron yang stabil.

Contoh: hidrogen, H2; klorin, Cl2; hidrogen klorida, HCl2; air, H2O; metana, CH4; ammonia, NH3; tetrachlorometetana, CCl4
■ Pembentukan ikatan kovalen tunggal

Animasi berikut menunjukkan pembentukan ikatan kovalen tunggal.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai pembentukan ikatan kovalen tunggal.

Pembentukan ikatan kovalen ganda dua
■ Ikatan kovalen ganda dua

Berkongsi dua pasangan elektron antara dua atom bukan logam.

Setiap atom bukan logam menyumbangkan dua elektron untuk berkongsi supaya mencapai susunan elektron yang stabil.

Contoh : oksigen, O2; karbon dioksida , CO2
■ Pembentukan ikatan kovalen ganda dua

Animasi berikut menunjukkan pembentukan ikatan kovalen ganda dua.
Pembentukan ikatan kovalen ganda tiga
■ Ikatan kovalen ganda tiga

Berkongsi tiga pasangan elektron antara dua atom bukan logam.

Setiap atom bukan logam menyumbang tiga elektron untuk berkongsi supaya mencapai susunan elektron yang stabil.

Contoh : nitrogen, N2
■ ■ Pembentukan ikatan kovalen ganda tiga

Animasi berikut menunjukkan pembentukan ikatan kovalen tiga dalam molekul nitrogen, N2.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai pembentukan ikatan kovalen ganda dua dan ganda tiga.

Menentukan formula bagi sebatian kovalen
■ Formula sebatian kovalen.

Sebatian kovalen terdiri daripada unsur dari kumpulan 14, 15, 16, dan 17. (bukan logam).
■ Menentukan formula bagi sebatian kovalen.

Unsur bukan logam M memerlukan x elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil.

Unsur bukan logam N memerlukan y elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil.


Oleh itu, formula sebatian kovalen yang terbentuk adalah MyNx

■ Bilangan elektron untuk mencapai susunan elektron yang stabil.

Kumpulan Bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron yang stabil
Kumpulan 14 4
Kumpulan 15 3
Kumpulan 16 2
Kumpulan 17 1
■ Meramalkan formula bagi sebatian kovalen.

Tentukan bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron yang stabil.

Darab silang bilangan elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron yang stabil.

Animasi berikut menunjukkan cara untuk meramalkan formula sebatian kovalen.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment