Tuesday 24 February 2015

5.4 Sifat Sebatian Ionik dan Sebatian Kovalen

Sifat-sifat sebatian ionik
■ Sebatian ionik.

Terdiri daripada ion yang bertentangan cas.

Ion-ion ditarik bersama oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat.

■ Sifat-sifat sebatian ion.

Takat lebur dan takat didih.
Sangat tinggi.
Banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan elektrostatik yang kuat antara ion-ion.

Kekonduksian elektrik.
Mengalirkan elektrik dalam keadaan leburan atau larutan akueus kerana ion-ion bebas bergerak dan membawa cas elektrik.
Tidak boleh mengalirkan elektrik dalam bentuk pepejal kerana tiada ion-ion tidak bebas bergerak untuk membawa cas.

Keterlarutan
Biasanya larut dalam air.
Tidak larut dalam pelarut organik.

Kemeruapan
Tidak mudah meruap kerana takat didih yang tinggi.

Keadaan fizikal.
Wujud sebagai hablur di keadaan bilik.
Sifat-sifat sebatian kovalen
■ Sebatian kovalen.

Terdiri daripada molekul-molekul kovalen yang neutral.

Atom-atom terikat bersama oleh ikatan kovalen.

Molekul-molekul ditarik bersama oleh daya tarikan yang lemah (Daya tarikan Van der Waals).
■ Sifat-sifat sebatian kovalen.

Takat lebur dan takat didih.
Rendah kerana daya tarikan antara molekul-molekul adalah lemah.

Kekonduksian elektrik.
Tidak boleh mengalirkan elektrik.

Keterlarutan
Biasanya larut dalam pelarut organik.

Kemeruapan
Meruap dengan mudah disebabkan oleh takat didih yang rendah.

Keadaan fizikal.
Wujud sebagai keadaan gas, keadaan cecair atau keadaan pepejal pada keadaan bilik.
Makmal Aktiviti 5.4.1: Mengkaji sifat-sifat fizik bagi sebatian ionik dan kovalen


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

13 comments:

  1. apa perbazaan antara sebatian ion dan sebatian kovalen

    ReplyDelete
  2. Sebatian ion terdiri daripada logam dengan bukan logam
    Sebatian kovalen terdiri daripada bukan logam dengan bukan logam

    ReplyDelete
  3. Apa hubung kait jisim molar dengan JAR atau JMR ? Maaf sbb ni bab lain

    ReplyDelete
  4. Apakah persamaan molekul ringkas dan molekul gergasi Sebatian kovalen

    ReplyDelete
  5. Apakah persamaan sebatian ionik dan sebatian kovalen?

    ReplyDelete
  6. Bagaimanakah atom-atom bagi unsur membentuk sebatian kovalen

    ReplyDelete
  7. Bagaimanakah keadaan suhu bilik bagi sevatian ion ngn kovalen

    ReplyDelete
  8. Mengapa bahan ionik mempunyai takat lebur Dan takat dig yang tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab diikat oleh daya elektrosratik yg kuat. Kalau ikatan kovalen diikat oleh daya Van Der Waals yg lemah menyebabkan takat lebur n takat didih rendah

      Delete
  9. mcm mana nak tahu bahan tu sebatian ion atau kovalen? Or ikut mcm ikatan ion dan ikatan kovalen

    ReplyDelete