Sunday 1 February 2015

2.1.2 Aktiviti Makmal: Menentukan Takat Lebur Naftalena

Aktiviti Makmal: 2.1.2 :
Menentukan Takat Lebur Naftalena
Tujuan: : Menentukan takat lebur naftalena
Bahan:
» Naftalena
» Air
Radas:
» Tabung didih
» Kaki retort dengan pengapit
» Tungku kaki tiga
» Kasa dawai
» Termometer(0 – 110 ºC)
» 250 ml kelalang kon
» Jam randik
» Penunu Bunsen
» Pemegang tabung uji
Prosedur:

Animasi berikut menunjukkan prosedur bagi pemanasan dan penyejukan naftalena. (English)

(A) Pemanasan naftalena
1. 3 sudu penuh serbuk naftalena diletakkan ke dalam tabung didih.
2. Sebuah bikar 500 ml diisi dengan air sehingga ia adalah hampir penuh. Bikar tersebut diletakkan di atas tungku kaki tiga.
3. Tabung didih yang mengandungi naftalena diapitkan dengan kaki retort di dalam balang air dengan  memastikan serbuk naftalena adalah di bawah paras air.
4. Air dipanaskan sehingga mencapai suhu kira-kira 90 ºC. Air ini kemudian dipanaskan dengan api yang perlahan-lahan.
5. Jam randik dimulakan dan suhu naftalena yang direkodkan pada selang 30 saat sehingga suhunya mencapai kira-kira 60 ºC. Naftalena itu dikacau secara berterusan sepanjang eksperimen dijalankan.
6. Keputusan direkodkan dalam jadual.

(B) Penyejukan naftalena
1. Tabung didih yang mengandungi naftalena lebur dikeluarkan daripada kukus air panas dengan menggunakan pemegang tabung uji.
2. Tabung didih tersebut dipindahkan ke dalam kelalang kon dengan segera untuk disejukkan secara perlahan-lahan.
3. Jam randik dimulakan dan suhu naftalena yang direkodkan pada selang 30 saat sehingga suhunya  turun kepada kira-kira 60 ° C. Naftalena itu dikacau secara berterusan sepanjang eksperimen.
4. Keputusan direkodkan dalam jadual.



Keputusan:

(A) Pemanasan naftalena
Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210
Suhu (ºC)

(B) Penyejukan naftalena
Masa (s) 0 30 60 90 120 150 180 210
Suhu (ºC)
Analisis:

Graf suhu melawan masa diplotkan bagi pemanasan naftalena.


Graf suhu melawan masa diplotkan bagi penyejukan naftalena.
Discussion:

Dalam pemanasan naftalena, kukus air digunakan dan bukannya pemanasan secara langsung.
Ini adalah untuk memastikan proses pemanasan yang sekata dapat dijalankan.

Dalam penyejukan naftalena, tabung didih yang mengandungi naftalena cecair disejukkan dengan menggunakan  kelalang kon.
Ini adalah untuk memastikan proses penyejukan yang sekata dapat dijalankan.

Naftalena dikacau secara berterusan sepanjang eksperimen untuk memastikan pemanasan atau penyejukan yang sekata.

Kukus air adalah sesuai dalam eksperimen ini kerana takat lebur naftalena adalah di bawah 100 ºC.

Jika takat lebur bahan-bahan yang diuji adalah melebihi 100 ºC, kukus air boleh digantikan dengan kukus minyak.

Selain naftalena, bahan lain yang sesuai untuk pemanasan dengan kukus air adalah acetamide.

Kesimpulan:

Takat lebur dan titik pembekuan naftalena adalah 80 ºC

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

103 comments:

  1. apakah yang berlaku pada suhu naftalena semasa proses peleburan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhu naftalena tetap ini disebabkan haba yang diserap oleh zarah-zarah pepejal digunakan untuk mengurangkan daya tarikan antara zarah-zarah pepejal

      Delete
  2. Apakah pernyataan masalah bagi aktiviti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. menentukan takat lebur dan takat beku naftalena

      Delete
  3. Apabila naftalena berubah daripada E ke F,nyatakan perubahan pada tenaga zarah dan daya tarikan antara zarah

    ReplyDelete
  4. Apakah hipotesis bagi eksperimen ini?

    ReplyDelete
  5. Apakah hipotesis bagi eksperimen ini?

    ReplyDelete
  6. Kenapa suhu naftalena tidak berubah semasa proses pembekuan? ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenaga haba dibebaskan untuk menyambung semula ikatan diantar zarah

      Delete
  7. terangkan mengapa suhu pemanasan tidak berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haba yang diserap telah digunakan
      untuk mengatasi daya tarikan antara zarah.

      Delete
  8. Adakah pemanasan gula sesuai dengan kukus air. Terangkan mengapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak.kerana ia mempunyai takat lebur yg lebih tinggi dari takat lebur air

      Delete
  9. Mengapa pepejal naftalena, tidak dipanaskan secara terus dengan penunu bunsen?

    ReplyDelete
  10. Cara membersihkan naftelina dari tabung didih macam mana en.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leburkan naftalena di dalam tabung didih itu dan tuangkan kandungannya ke atas kertas tisu. Kemudian, bersihkan tabung didih itu dengan pelarut yang sesuai seperti aseton.

      Delete
    2. Leburkan naftalena di dalam tabung didih itu dan tuangkan kandungannya ke atas kertas tisu. Kemudian, bersihkan tabung didih itu dengan pelarut yang sesuai seperti aseton.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. bagaimana takat lebur dan takat beku naftalena ditentukan berdasarkan graf?

    ReplyDelete
  13. ape jenis zarah naftalena?

    ReplyDelete
  14. Langkah berjaga2 semasa proses penyejukan?

    ReplyDelete
  15. Langkah berjaga2 semasa proses penyejukan?

    ReplyDelete
  16. Langkah berjaga2 semasa proses penyejukan?

    ReplyDelete
  17. Langkah berjaga2 semasa proses penyejukan?

    ReplyDelete
  18. apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menggantikan air bagi meleburkan gula?

    ReplyDelete
  19. Apakah gas yang terhasil daripada pemanasan naftalena

    ReplyDelete
  20. Kenapa pepejal naftalena tidak dipanaskan secara terus dengan penunu bunsen ?

    ReplyDelete
  21. Nyatakan sebab bagi penyejukan lampau berlaku ketika penyejukan naftalena

    ReplyDelete
  22. apakah radas yang sesuai digunakan untuk menentukan takat lebur gula??

    ReplyDelete
  23. dua sebab mengapa kukus air digunakan untuk memanaskan pepejal naftalena ?

    ReplyDelete
  24. Macam mane nk beri sebab tentang keadaan cecair(naftalena) dalam eksperimen takat lebur

    ReplyDelete
  25. Macam mane nk beri sebab tentang keadaan cecair(naftalena) dalam eksperimen takat lebur

    ReplyDelete
  26. Ramal takat lebur atau takat beku naftalena jika naftalena yang digunakan adalah tidak tulen?

    ReplyDelete
  27. apakah radas yg sesuai digunakan untuk menentukan takat lebur gula?

    ReplyDelete
  28. apakah ramalan takat beku naftalena jika naftalena tulen tidak digunakan?

    ReplyDelete
  29. ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya cecair naftalena dipanaskan sehingga mendidih

    ReplyDelete
  30. Apakah pernyataan masalah eksperimen ini?

    ReplyDelete
  31. Kenapa semasa penyejukan graf mendatar

    ReplyDelete
  32. haba dibebaskan dan zarah mula menarik antara satu sama lain // haba dibebaskan ke persekitaran diimbangi oleh haba yang dibebaskan oleh zarah semasa proses pembentukan ikatan .

    ReplyDelete
  33. Apakah yang berlaku kepada suhu naftalena c10h8 semasa pembekuan

    ReplyDelete
  34. nyatakan langkah berjaga jaga semasa pemanasan naftalena

    ReplyDelete
  35. Apakah bahan lain selain naftalena yg menggunakan kaedah ini (kukus air)

    ReplyDelete
  36. Apakah hipotesis eksperimen ini?

    ReplyDelete
  37. Mengapa naftalena mudah terbakar?

    ReplyDelete
  38. Cikgu apa yg akan berlaku jika naftalena tidak dikacau berterusan

    ReplyDelete
  39. Mengapa suhu menjadi malar semasa peleburan dan pembekuan naftalena

    ReplyDelete
  40. Apa yang akan berlaku jika naftalena tidak dikacau secara berterusan???

    ReplyDelete
  41. apa yang berlaku jika naftalena tidak dikacau secara berterusan?

    ReplyDelete
  42. Menagapa suhu menjadi malar semasa pelaburan dan pembekuan

    ReplyDelete
  43. Mengapakah tabung didih diletakkan ke dalam kelalang kon semasa proses penyejukan naftalena

    ReplyDelete
  44. Apakah inferens eksperimen ini?

    ReplyDelete
  45. Apa yang akan berlaku sekiranya naftalena tidak dikacau secara berterusan?

    ReplyDelete
  46. Mengapakah kaedah kukus air digunakan

    ReplyDelete
  47. Termometer akan terperangkap di dalam tabung didih

    ReplyDelete
  48. Apa yang akan berlaku sekiranya naftalena tidak di kacau secara berterusan?

    ReplyDelete
  49. Mengapakah naftalena tidak dipanaskan secARA LANGSUNG dengan menggunakan api drp penunu bunsen?

    ReplyDelete
  50. Kenapa suhu naftalena menjadi malar selepas peleburan dn pembekuan berlaku ??

    ReplyDelete
  51. mengapa suhu menjadi malar semasa peleburan dan pembekuan naftalena?

    ReplyDelete
    Replies
    1. suhu malar peleburan: tenaga haba diserap mengatasi daya tarikan antara zarah shg pepejal menjadi cecair

      suhu malar pembekuan: tenaga haba dibebaskan ke persekitaran
      diimbangi oleh tenaga haba yang terbebas apabila zarah menarik antara satu sama lain shg menjadi pepejal

      Delete
  52. Apakah yg akan berlaku jika naftalena tidak dikacau secara berterusan?

    ReplyDelete
  53. Cikgu..mengapakah suhu naftalena tidak berubah ??

    ReplyDelete
  54. kenapa pada suhu 80c yang E tu sekata

    ReplyDelete
  55. Apa yang akan terjadi jika Naftalena tidak dikacau secara sekata?

    ReplyDelete
  56. cikgu, jika makanan dibungkus didalam aliminum foil, dikukus.. lepas kukus ada wap di dalam aluminium foil, adakah wap itu akan membuatkan makanan basi? atau makanan lebih tahan lama?

    ReplyDelete
  57. Apakah Perubahan fizikal naftalena semasa penyejukan

    ReplyDelete
  58. Mengapakah naftalena tidak dipanaskan secara langsung dalam eksperimen itu untuk menentukan takat leburnya?

    ReplyDelete
  59. Apakah inferens bagi takat lebur dan takat didih naftalena

    Apakah pemerhatian takat lebur dan didih naftalena

    ReplyDelete
  60. Mengapa suhu sekata dari 5-7 minit?

    ReplyDelete
  61. Mengapa suhu sekata dari 5-7 minit?

    ReplyDelete
  62. apakah nama kaedah pemanasan ini?

    ReplyDelete
  63. Terangkan mengapa suhu menjadi malar semasa peleburan dan pembekuan naftalena berlaku.

    ReplyDelete
  64. Nyatakan perubahan fizikal naftalena semasa proses penyejukan

    ReplyDelete
  65. Jika soalan tanya “apakah takat lebur naftalena”macam mana jawab

    ReplyDelete
  66. Bagaimana nak menentukan takat beku Naftalena menggunakan graf?

    ReplyDelete
  67. Namakan satu bahan yang takat leburnya boleh ditentukan menggunakan kukus air?

    ReplyDelete
  68. Apa yang berlaku jika naftalena tidak dikacau berterusan

    ReplyDelete
  69. Adakah takat lebur naftalena berubah jika telah trcemar Dngn bhn yg lain?

    ReplyDelete
  70. boleh huraikan graf pemanasan dan penyejukan naftalena

    ReplyDelete
  71. apakah takat beku asetamida?

    ReplyDelete
  72. Nyatakan alasan mengapa naftalena menjadi cair apabila dileburkan

    ReplyDelete
  73. Mengapa tiada perubahan suhu dari m1 ke me ?

    ReplyDelete
  74. Grazie for all anons that asked these questions. RECEBA CARAI

    ReplyDelete
  75. kesan penambahan p-nitro methyl benzene pada takat beku naftalena?

    ReplyDelete
  76. Nyatakan takat beku bagi naftalena.

    ReplyDelete
  77. Ramalkan takat lebur sekiranya naftalena yang digunakan tidak tulen.

    ReplyDelete