Saturday, 28 February 2015

6.2 Elektrolisis Sebatian Lebur

Proses elektrolisis
■ Elektrolisis

► Proses penguraian elektrolit oleh arus elektrik ke dalam komponennya.
■ Sel elektrolisis

► Sejenis sel yang menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan tindak balas kimia.

► Animasi berikut menunjukkan struktur asas sel elektrolisis.
■ Video berikut mengandungi maklumat tentang elektrolisis bagi sebatian lebur.

Aktiviti Makmal 6.2.1 : Elektrolisis sebatian lebur
Meramalkan hasil elektrolisis bagi sebatian lebur
■ Elektrolisis bagi leburan elektrolit,  AxBy 

► Sebatian logam terbentuk di katod.

► Bukan logam terbentuk di anod.

► Secara umum, elektrolisis elektrolit lebur boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
Garam dalam keadaan lebur Di anod  (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Bx- Ay+
Setengah persamaan Bx- → B + xe- Ay++ ye- → A

► Setengah persamaan menunjukkan apa yang berlaku di salah satu elektrod semasa elektrolisis.
✍ Contoh 6.2(a)
Ramalkan hasil elektrolisis bagi leburan natrium klorida di anod dan di katod.

Penyelesaian
Garam dalam keadaan lebur Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod Cl- Na+
Setengah persamaan 2Cl- → Cl2 + 2e- Na++ e- → Na
Pemerhatian Gas kuning kehijauan Logam kelabu terbentuk
Hasil Gas klorin Logam natrium

✍ Contoh  6.2(b)
Ramalkan hasil elektrolisis bagi leburan magnesium oksida di anod dan di katod.

Penyelesaian
Garam dalam keadaan lebur Di anod (+) Di katod (-)
Pergerakan ion ke elektrod O2- Mg2+
Setengah persamaan 2O2- → O2 + 4e- Mg2++ 2e- → Mg
Pemerhatian Gas tidak berwarna terbebas Logam kelabu terbentuk
Hasil Gas oxygen Logam magnesium


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment