Friday, 27 February 2015

6.1 Sifat Elektrolit dan Bukan Elektrolit

Sifat Elektrolit dan Bukan elektrolit
■ Elektrolit

► Suatu sebatian yang hanya mengkonduksikan elektrik apabila dalam keadaan leburan atau larut dalam air(akueus).

► Mengandungi ion yang bergerak bebas untuk membawa cas elektrik.

► Mengalami penguraian kepada unsur-unsur apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

► Contoh :
○ Oksida dan hidroksida logam dalam keadaan leburan atau larutan berakueus(jika tidak larut).
○ Larutan akueus bagi asid mineral.
■ Bukan elektrolit

► Satu sebatian yang tidak mengalirkan elektrik, sama ada dalam keadaan pepejal, leburan atau larutan akueus.

► Tiada ion yang boleh membawa cas elektrik.

► Tiada perubahan apabila arus elektrik mengalir melaluinya.

► Contoh: Semua sebatian kovalen seperti naftalena, gula, benzena dan lain-lain lagi.
■ Video berikut memberi pengenalan ringkas kepada elektrokimia.



Aktiviti Makmal 6.1.1 : Elektrolit and bukan elektrolit


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment