Showing posts with label Sains_T4_B2. Show all posts
Showing posts with label Sains_T4_B2. Show all posts

Wednesday, 24 June 2015

2.1 Koordinasi Badan

Pengenalan Kepada Koordinasi Badan
■ Penyelarasan tindak balas badan kita ke arah mana-mana rangsangan di sekeliling.
■ Terdapat dua jenis koordinasi badan iaitu :

► Koordinasi saraf

► Koordinasi kimia
■ Animasi di bawah menunjukkan pengkelasan koordinasi badan.(English)
■ Video ini menerangkan tentang koordinasi badan.
Kepentingan Koordinasi Badan
■ Membolehkan semua organ badan berfungsi
■ Mengawal koordinasi
■ Mengelak kecederaan
■ Menyesuaikan dengan perubahan
■ Mengekalkan dan mengimbangi bahan kimia badan



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2.2 Sistem Saraf Manusia

Sistem Saraf Manusia
■ Fungsi utama sistem saraf adalah untuk menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar impuls saraf dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
■ Maklumat dihantar melalui sistem saraf dalam bentuk isyarat elektrik yang disebut impuls.
■ Sistem saraf manusia terbahagi kepada:

► Sistem saraf pusat

► Sistem saraf periferi
■ Animasi di bawah menunjukkan pengkelasan sistem saraf manusia. (English)

2.3 Koordinasi Saraf

Reseptor dan Efektor
■ Reseptor

► Sel pada organ deria yang mengesan rangsangan.

► Mata, telinga, lidah, hidung dan kulit ialah lima jenis organ deria manusia.
■ Efektor

► Organ yang bergerak balas terhadap rangsangan yang diterimanya.

► Otot dan kelenjar adalah contoh efektor.
■ Semua reseptor dan efektor disambungkan kepada sistem saraf pusat dengan neuron.

2.4 Peranan Reseptor Regang dalam Mengekalkan Keseimbangan dan Koordinasi Badan

Reseptor Regang
■ Deria kinestesis

► Sejenis deria yang membolehkan kita menyedari tentang kedudukan dan mengesan gerakan anggota badan untuk mengekalkan keseimbangan badan.

► Deria kinestesis reseptor (reseptor regang) terdapat pada otot, endi, ligamen dan tendon.
■ Reseptor regang mengesan pergerakan dan kedudukan badan atau anggota badan dengan bertindak balas terhadap rangsangan.
■ Reseptor regang bertindak sebagai deria kinestesis:

► Ketegangan otot, sendi, ligamen atau tendon akan merangsang reseptor regang.

► Reseptor regang akan mencetuskan impuls dan dihantar melalui saraf ke otak.

► Setelah pentafsiran, satu impuls dari otak akan dihantar ke bahagian-bahagian badan untuk mengkoordinasikan gerak balas yang sewajarnya.
■ Contoh deria kinestesis termasuk:

► Berbasikal

► Membutang baju tanpa melihat

► Bermain piano
■ Video ini menunjukkan aktiviti yang dibantu oleh deria kinestesis. (English)



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2.5 Otak Manusia dan Kerencamannya

Struktur Otak Manusia
■ Otak manusia

► Organ kompleks yang mengandungi berbilion saraf.

► Ia dilindungi oleh struktur tulang keras yang dipanggil tengkorak.
■ Otak manusia terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu:

► Serebrum

► Serebelum

► Medula oblongata

2.6 Koordinasi Kimia (hormon) dalam Badan

Hormon
■ Bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.
■ Dihasilkan dalam kuantiti yang kecil dan diangkut oleh sistem peredaran darah ke seluruh badan.
■ Organ atau tisu badan yang bergerak balas terhadap hormon tertentu disebut organ sasaran.

2.7 Koordinasi antara Sistem Saraf dengan Sistem Endokrin

Perbandingan antara Koordinasi Saraf dengan Koordinasi Kimia
■ Kedua-dua sistem saraf dan sistem endokrin adalah penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti badan.
■ Persamaan antara sistem saraf dan sistem endokrin:

► Mengawal dan menyelaraskan fungsi dan aktiviti organ-organ dalam badan

► Bertindak balas terhadap perubahan dalam persekitaran

Tuesday, 23 June 2015

2.8 Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Koordinasi Badan dan Kesihatan

Jenis-jenis Dadah
■ Dadah

► Bahan kimia yang boleh mengubah fungsi dan fisiologi badan.

► digunakan untuk merawat penyakit di dalam bidang perubatan.
■ Jenis-jenis dadah dan ciri-cirinya

Jenis dadah Contoh Ciri-ciri
Depresen (penenang) Morfin
Heroin
Barbiturat
◉ Mengurangkan tekanan jiwa
◉ Menenteramkan fikiran
◉ Melambatkan gerak balas terhadap rangsangan
Stimulan (perangsang) Amfetamin
Nikotina
◉ Meningkatkan kadar metabolisme badan
◉ Menjadikan seseorang lebih aktif
Opiat (pelega kesakitan) Morfin
Heroin
Kokain
Kodein
◉ Melegakan kesakitan dan kegelisahan
Halusinogen (pengubah perasaan hati) Ganja
LSD
Ketamin
◉ Menyebabkan halusinasi
◉ Menyebabkan kegilaan dan kematian

2.9 Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan dan Kesihatan

Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan
■ Minuman beralkohol

► Mengandungi etanol (sejenis alkohol)

► Dihasilkan dari fermentasi glukosa oleh yis melalui penapaian
■ Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan

► Boleh merosakkan sel-sel hati, mengurangkan pengeluaran hempedu, menyebabkan sirosis hati dan hepatitis.

► Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat.

2.10 Kepentingan Minda yang Baik dan Sihat

Faktor-faktor yang Memberi Kesan kepada Minda
■ Minda

► Keupayaan otak untuk berfikir dan membuat penilaian.
■ Ciri-ciri minda:

Minda yang sihat Minda yang kurang sihat
Bersikap positif
Berdikari
Berkasih sayang
Bertanggungjawab
Kurang keyakinan
Sentiasa risau
Cepat marah
Bersikap agresif

Bab 2: Koordinasi Badan

Isi Kandungan

► 2.1 Koordinasi Badan

► 2.2 Sistem Saraf Manusia

► 2.3 Koordinasi Saraf

► 2.4 Peranan Reseptor Regang dalam Mengekalkan Keseimbangan dan Koordinasi Badan

► 2.5 Otak Manusia dan Kerencamannya