Radas:
» Kelalang kon berdasar datar » Kertas asbestos » Tiub kaca dengan penyumbat » Penimbang elektronik » tiub tisel » Tiub-U » Kaki retort dengan pengapit » Tiub pembakaran dengan lubang kecil di hujung
Prosedur and Keputusan:
►
Prosedur
1.
Animasi berikut menunjukkan susunan radas dan keputusan eksperimen.
2.
Sekeping kertas asbestos diletakkan di dalam tiub pembakaran dan ditimbang dengan penimbang.
3.
Satu spatula serbuk kuprum (II) oksida kontang diletakkan di atas kertas asbestos dan tiub pembakaran dan ditimbang semula.
4.
Penitis corong tisel penitis dibuka untuk membolehkan asid mengalir ke dalam kelalang kon.
5.
Gas hidrogen kering dialirkan melalui tiub pembakaran selama beberapa minit. Gas yang mengalir keluar dari tiub pembakaran dikumpul dalam tabung uji. Gas diuji dengan kayu uji menyala. Jika tidak ada bunyi 'pop', maka semua gas hidrogen telah dikeluarkan dari tiub pembakaran. Langkah berjaga-jaga : Gas Hidrogen mesti dibenarkan mengalir melalui tiub pembakaran selama beberapa minit sebelum kuprum oksida yang dipanaskan. Tindakan ini adalah untuk menyingkirkan semua udara di dalam tiub pembakaran. Campuran hidrogen dan udara boleh menyebabkan letupan apabila dinyalakan.
6.
Kuprum (II) oksida kemudiannya dipanaskan dan hidrogen yang berlebihan akan mengalir keluar pada hujung tiub dan dinyalakan.
7.
Kuprum (II) oksida akan membara merah dan bertindak balas dengan hidrogen.
8.
Pemanasan dihentikan apabila tiada pembaraan kuprum (II) oksida kelihatan lagi. Langkah berjaga-jaga: Aliran gas hidrogen mesti diteruskan sepanjang pemanasan. Ini adalah untuk memastikan bahawa udara tidak memasuki tiub pembakaran. Oleh itu, pembakaran gas hidrogen di hujung tiub mesti diteruskan.
9.
Tiub pembakaran dibiarkan sejuk. Hasil tindak balas ditimbang sekali lagi. Langkah berjaga-jaga: Logam kuprum yang panas dibenarkan sejuk dalam aliran gas hidrogen. Ini adalah untuk memastikan oksigen dari udara tidak mengoksidakan kuprum panas ke kuprum oksida semula.
10.
Langkah-langkah pemanasan, penyejukan dan penimbangan diulangi sehingga suatu jisim tetap diperolehi untuk memastikan bahawa semua kuprum (II) oksida telah selesai bertindak balas.
►
Keputusan
Jisim tiub pembakaran + pijar asbestos = x g
Jisim tiub pembakaran + pijar asbestos + kuprum oksida = y g
Jisim tiub pembakaran + pijar asbestos + kuprum = z g
Pengiraan :
Jisim kuprum diperolehi = (z - x) g Jisim oksigen yang bergabung dengan kuprum = (y - z) g [Jisim atom relatif: O, 16; Cu, 64]
Unsur
Cu
O
Jisim
(z – x)
(y – z)
Bilangan mol
Nisbah teringkas
a
b
Nisbah Cu : O = a : b
Jadi formula empirik adalah CuaOb
Perbincangan :
►
Kuprum oksida berwarna hitam. Apabila tindak balas kuprum oksida teleh selesai, logam kuprum yang berwarna perang terbentuk.
►
Tujuan mengulangi proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan adalah untuk memastikan tindak balas kuprum oksida berlaku dengan lengkap.
Tqvm! sagat membantu. ^^
ReplyDeleteUr welcome. All the best in exam :)
DeleteApakh bahan lain yg blh mnggantikan kalsium klorida untuk mngeringkn hidrogen
DeleteApakh bahan lain yg blh mnggantikan kalsium klorida untuk mngeringkn hidrogen
Deletebahan lain yang boleh diguna untuk menggantikan klorida kontang ialah asid sulfurik pekat dan asid fosforik pekat
DeleteApakah suatu oksida Logam lain yang formula empiriknya detentukan dengan kaedah yang sama
DeletePlumbum, kuprum dan argentum sahaja
DeleteYang pembolehubah tu tak ade ke?
ReplyDeleteapp for ios takde ?
ReplyDeletehi admin/cikgu.. boleh saya share post ni ke blog saya?
ReplyDeletehi admin/cikgu.. boleh saya share post ni ke blog saya?
ReplyDeleteBagaimana untuk mengenal pasti udara dalam tiub pembakaran telah disingkirkan sepenuhnya?
ReplyDeleteFormula empirik plumbum (II) oksida mcm mne
ReplyDeleteFormula empirik plumbum (II) oksida mcm mne
ReplyDeleteFormula empirik plumbum (II) oksida mcm mne
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMacam mana nak memastikan semua oksida kuprum diturunkan kepada kuprum?
ReplyDeletekaedah ini boleh digunakan untuk menentukkan formula empirik magnesium oksida tak?
ReplyDeletetak boleh kerana magnesium lebih reaktif drpd hidrogen?
Deleteapakah peranan ketulan zink dan asid hidroklorok?
ReplyDeleteDia guna logam apa ya?
ReplyDeletemaaf nak Tanya,apa asid Dan logam yang boleh digunakan untuk menyediakan gas hydrogen?
ReplyDeleteasid hidroklorik fan zink
DeleteBahan lain yang boleh menggantikan gas hidrogen?
ReplyDeletenisbah terkecil tu ambik yang nilai dekat bilangan mol ke
ReplyDeletetakde apps untuk ios ke?
ReplyDeleteTerima kasih cg,byk membantu
ReplyDeleteApakah peranan ketulan zink dan asid hidroklorik?
ReplyDelete