Friday, 20 February 2015

Aktiviti Makmal 4.4.2: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan besi


Aktiviti Makmal 4.4.2: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan besi
Tujuan: Untuk mengkaji tindak balas antara halogen dengan besi.
Pernyataan masalah: Bagaimana klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan besi?
Hipotesis: Kereaktifan berkurangan bagi tindak balas antara halogen dan air apabila menuruni Kumpulan 17.
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Besi
» Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis halogen
» Pembolehubah bergerakbalas: Kereaktifan tindak balas

Bahan:
» Gas klorin
» Larutan bromin
» Pepejal iodin
» Kalium manganat (VII)
» Larutan natrium hidroksida
» Besi    

Apparatus:
» Salur penghantaran
» Penyumbat getah
» Penunu Bunsen
»Tabung uji
»Kon kelalang
» Corong tisel
» Corong turas
» Bikar
» Tiub pembakaran
» Kaki retort dan pengapit
Prosedur:

► Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.

► (A) Dengan klorin
1. Gas klorin dialirkan melalui besi panas dalam tiub pembakaran.
2. Semua pemerhatian direkodkan.

► (B) Dengan bromin
1. Cecair bromin dalam tabung didih yang dipanaskan dan wap bromin dialirkan melalui besi panas.
2. Semua pemerhatian direkodkan.

► (C) Dengan iodin
1. Pepejal iodin dipanaskan di dalam tabung didih dan wap iodin dialirkan melalui besi panas.
2. Semua pemerhatian direkodkan.
Keputusan:

►
Halogen Pemerhatian
Klorin Besi terbakar terang dan membentuk pepejal perang apabila disejukkan.
Bromin Besi terbakar dengan cahaya terang dan membentuk pepejal perang apabila disejukkan.
Iodin Besi membara secara perlahan-lahan dan membentuk pepejal perang apabila disejukkan.
Perbincangan:

► Klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan besi untuk membentuk besi (III) halida.

► Klorin bertindak balas dengan cergas dengan besi untuk menghasilkan besi (III) klorida.
○ 2Fe(s) + 3Cl2(g) → 2FeCl3(s)

► Bromin bertindak balas kurang cergas dengan besi untuk menghasilkan besi (III) bromida.
○ 2Fe(s) + 3Br2(g) → 2FeBr3(s)

► Iodin bertindak balas secara perlahan-lahan dengan besi untuk menghasilkan besi (III) iodida.
○ 2Fe(s) + 3I2(g) → 2FeI3(s)

► Kereaktifan halogen dengan besi berkurangan apabila menuruni Kumpulan 17.
Kesimpulan:

► Halogen bertindak balas dengan besi.

► Kereaktifan meningkatkan apabila menuruni Kumpulan 17.

► Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

3 comments: