Thursday, 12 February 2015

4.2 Unsur Kumpulan 18

Sifat-sifat fizik
■ Unsur-unsur Kumpulan 18

►
Helium, He
Neon, Ne
Argon, Ar
Kripton Kr
Xenon, Xe
Radon, Rn

► Kaedah mnemonik berikut boleh digunakan untuk menghafal urutan unsur-unsur dalam Kumpulan 18.
○ Henry Never Arrived; Karen eXited with Ron
■ Sifat fizik

► Saiz atom unsur-unsur semakin meningkatkan apabila menuruni kumpulan kerana satu petala  ditambahkan kepada setiap unsur.

► Keterlarutan, kekonduksian haba dan elektrik: Tidak boleh larut dalam air dan tidak boleh mengalirkan elektrik dan haba.

► Takat Lebur dan takat didih
○ Di bawah keadaan bilik, ia wujub sebagai gas tanpa warna dengan takat lebur dan takat didih yang rendah.
○ Sedikit sahaja haba diperlukan untuk mengatasi daya van der Waal lemah yang hadir di antara atom-atom gas.

► Ketumpatan rendah kerana atom adalah sangat jauh antara satu sama lain.

► Animasi berikut menunjukkan perubahan dalam sifat fizik unsur apabila menuruni Kumpulan 18.
■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala.

Kestabilan gas adi
■ Susunan elektron dalam gas-gas adi.

Unsur Konfigurasi elektron Susunan elektron
Helium 2
Neon 2.8
Argon 2.8.8
Kripton 2.8.18.8
Xenon 2.8.18.18.8
Radon 2.8.18.32.18.8
Susunan elektron duplet atau oktet adalah sangat stabil kerana petala terluar telah penuh terisi dengan bilangan elektron(maksimum).
■ Kestabilan gas adi

► Lengai secara kimia

► Wujud sebagai gas mono-atom yang tidak boleh bergabung secara ionik atau kovalen dengan apa-apa unsur lain.

► Penerangan ringkas mengenai kestabilan gas-gas adi.
○ Gas-gas adi mempunyai bilangan elektron valens yang maksimum pada petala paling luar, iaitu dua atau lapan elektron valens.
○ Petala terluar gas-gas adi adalah penuh diisi dengan elektron dan merupakan susunan elektron yang stabil.
○ Disebabkan oleh petala valens yang lengkap, semua atom ini tidak boleh menerima, menderma atau berkongsi elektron dengan unsur-unsur lain.
○ Oleh itu gas-gas adi tidak reaktif secara kimia atau juga dikenali sebagai lengai.

Uses of inert gas
Helium:
○ Belon udara panas.
○ Bercampur dengan oksigen dan digunakan oleh penyelam.
Neon: Mentol lampu bagi iklan dan lampu pendaratan bagi kapal terbang.
Xenon: Suatu anestetik dalam bidang perubatan.
Argon: Mentol elektrik.
Kripton: Flash Lampu dalam fotografi.
Radon: Untuk merawat pesakit kanser.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment