Tabiat Makanan yang Sihat
■ Kita perlu mengikuti diet yang baik dan seimbang untuk
►
Memudahkan proses pertumbuhan
►
Mengekalkan kesihatan badan
►
Meningkatkan imuniti badan terhadap penyakit
►
Mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian
■ Rajah dibawah menunjukkan piramid makanan.
■ Piramid makanan memberikan panduan kepada kita untuk merancang pemakanan serta jenis makanan pada kadar dan kuantiti yang betul.
■ Piramid makanan terdiri daripada empat kumpulan makanan:
►
Kumpulan di paling rendah ialah karbohidrat. Kita perlu makan jenis makanan ini untuk mendapat banyak tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.
►
Kumpulan makanan di bahagian paling tinggi termasuklah lemak, minyak dan gula. Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan ini.
►
Kumpulan makanan di bahagian yang kedua tertinggi ialah hasil tenusu seperti susu, daging dan keju. Ayam, itik dan ikan juga tergolong dalam kumpulan makanan ini.
►
Kumpulan makanan di bahagian yang ketiga tertinggi ialah sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan. Kumpulan ini mengandungi garam mineral dan vitamin yang banyak. Kita perlulah makan makanan jenis ini dengan banyak.
Kitar Nitrogen dan Kepentingannya
■ Tumbuhan tidak dapat menyerap nitrogen di atmosfera (udara) atau dari tanah untuk mensintesiskan protein secara langsung.
■ Tumbuhan hanya boleh menyerap nitrogen daripada sebatian nitrat dalam tanah melalui akarnya untuk mensintesiskan protein.
Kitar Nitrogen
■ Terdapat empat proses utama dalam kitar nitrogen, iaitu
►
Pengikat nitrogen
◉
Pokok kekacang (kacang pis, kacah tanah dan klover) menyerap nitrogen di atmosfera melalui bakteria pengikat nitrogen yang hidup secara simbiosis dalam nodul akar pokok kekacang atau hidup bebas dalam tanah. Bakteria pengikat nitrogen menukarkan nitrogen menjadi sebatian nitrat. Salah satu contoh bakteria ini ialah Rhizobium sp.
◉
Bakteria pendinitritan dalam tanah menguraikan sebatian nitrat menjadi gas nitrogen semula melalui pendenitritan. Gas nitrogen dilepaskan ke atmosfera. Semasa kilat dan gunung api meletus, gas nitrogen akan bergabung dengan gas oksigen di atmosfera dan membentuk nitrogen monoksida serta nitrogen dioksida. Kedua-dua oksida ini bertindak balas dengan air hujan dan membentuk asid nitrus dan asid nitrik.
◉
Hujan asid turun dan meresap ke dalam tanah. Ia bertindak balas dengan garam mineral atau bes dalam tanah dan membentuk sebatian nitrat yang boleh diserap oleh tumbuhan melalui akar.
►
Pereputan (penguraian)
◉
Apabila tumbuhan serta haiwan mati dan mereput, bangkai-bangkai tersebut akan diuraikan oleh bakteria atau kulat pengurai.
◉
Bakteria atau kuat pengurai memecahkan protein bangkai yang mereput dalam tanah untuk membentuk sebatian ammonium.
◉
Baham perkumuhan haiwan juga diuraikan oleh bakteria atau kulat pengurai untuk membentuk sebatian ammonium dalam tanah.
►
Penitritan
◉
Bakteria penitritan menukarkan sebatian ammonium dalam tanah membentuk sebatian nitrit dan seterusnya membentuk sebatian nitrat.
◉
Sebatian nitrat boleh diserap oleh tumbuhan melalui akarnya.
►
Pendenitritan
◉
Sebahagian sebatian nitrat diuraikan oleh bakteria pendenitritan dalam tanah untuk menghasilkan gas nitrogen.
◉
Gas nitrogen dilepaskan ke atmosfera semula.
■ Video ini menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kitaran nitrogen. (English)
Kepentingan Kitar Nitrogen
■ Kitar nitrogen adalah penting kerana
►
Mengekalkan kesuburan tanah untuk mempertingkatkan hasil tanaman.
►
Membekalkan nitrat kepada tumbuh-tumbuhan pengeluar dalam rantai makanan untuk membina protein sebagai bekalan makanan untuk haiwan dan manusia.
Nutrien yang Diperlukan oleh Tumbuhan
■ Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari dan nutrien untuk menghasilkan makanan semasa fotosintesis.
■ Dalam proses membuat makanan (glukosa), karbon dioksida dan air membekalkan nutrien, yang merupakan karbon, oksigen dan hidrogen.
■ Klorofil menyerap cahaya matahari untuk memecahkan molekul air menjadi hidrogen dan oksigen.
■ Gabungan atom karbon, hidrogen dan oksigen akan membentuk glukosa. Oksigen yang berlebihan akan dibebaskan ke atmosfera
►
Makronutrien
■ Makronutrien ialah bahan kimia (nutrien) yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak.
■ Nutrien ini termasuk:
Makronutrien
Fungsi
Simptom kekurangan nutrien
Fosforus
◉
Mensintesis sebatian fosforus yang bertenaga tinggi, protein, membran sel dan asid nukleik
◉
Menggalakkan pembahagian sel
◉
Pertumbuhan akar lemah
◉
Pertumbuhan terbantut
◉
Daun berwarna hijau gelap dan menunjukkan bintik merah
Kalium
◉
Mensintesis asid nukleik
◉
Metabolisme bagi karbohidrat (pembentukan bintil kanji)
◉
Mengekalkan kesegahan sel tumbuhan
◉
Kofaktor bagi enzim tertentu
◉
Pertumbuhan bunga dan buah lemah
◉
Daun kekuningan dengan tompok perang
◉
Tisu di sekeliling pinggir atau hujung daun mati
Kalsium
◉
Menggalakkan pembinaan sel pada hujung akar dan hujung tunas
◉
Pertumbuhan akar lemah
◉
Tisu di pinggir atau hujung daun kekuningan dan berbentuk tak sekata
Magnesium
◉
Komponen utama klorofil
◉
Metabolisme bagi karbohidrat
◉
Daun matang menjadi kekuningan tetapi urat daun masih berwarna hijau
◉
Daun mempunyai bintik merah
Sulfur
◉
Komponen utama bagi asid amino, protein dan asid nukleik
◉
Daun muda menjadi kekuningan
Mikronutrien
■ Mikronutrien ialah bahan kimia (nutrien) yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang sedikit tetapi ia adalah sangat penting untuk pertumbuhan tumbuhan.
Mikronutrien
Fungsi
Simptom kekurangan nutrien
Boron
◉
Penting dalam pengangkutan karbohidrat dalam tumbuhan
◉
Tunas mati
◉
Pertumbuhan akar lemah
◉
Bunga mudah gugur
Molibdenum
◉
Penting untuk mensintesiskan protein dan metabolisme bagi nitrogen
◉
Tisu di pinggir atau hujung daun kekuningan dan bergulung
Zink
◉
Mensintesiskan hormon tumbuhan dan protein
◉
Pengaktifan bagi enzim tertentu
◉
Daun kecil berbentuk tak sekata
◉
Pertumbuhan terbantut
Mangan
◉
Pengaktifan bagi enzim respirasi tertentu dan metabolisme bagi nitrogen
◉
Daun mempunyai bintik kuning dan perang
◉
Tunas mati
Kuprum
◉
Komponen bagi enzim
◉
Penting untuk fotosintesis
◉
Tumbuhan layu dan daun muda mati
Ferum
◉
Mensintesiskan klorofil dan protein
◉
Daun muda menjadi kekuningan
✍ Contoh latihan 2.2(a)
Anda diberi simptom yang muncul di satu tumbuhan yang tidak sihat. Kenal pasti kekurangan nutrien tertentu dalam tumbuhan itu.
Simptom
Nutrien
Sedikit bunga dan benih, buah-buahan mengambil masa yang lebih lama untuk masak, tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lama untuk matang
Fosforus
Daun menjadi kekuningan, kecil dan mudah luruh
Nitrogen
Tepi daun bertukar kekuningan, tisu di tepi daun dan pucuk mati, tumbuh-tumbuhan mati pada peringkat awal
Diet Seimbang
■ Manusia memerlukan makanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.
■ Diet yang seimbang mengandungi semua kelas makanan dalam jumlah yang betul.
■ Jadual di bawah menunjukkan kelas makanan dan fungsinya.
Kelas makanan
Fungsi
Karbohidrat
Memberi tenaga (sumber tenaga utama)
Protein
Membina pertumbuhan sel-sel baru dan menggantikan sel-sel yang rosak. Membekalkan tenaga apabila badan kekurangan tenaga.
Lemak
Sebagai penebat haba. Melindungi organ dalaman seperti buah pinggang dan jantung. Membekalkan tenaga apabila badan kekurangan karbohidrat.
Vitamin
Melindungi badan daripada penyakit
Garam mineral
Mengekalkan kesihatan badan.
Air
Perantara untuk tindak balas kimia. Mengangkut makanan yang dicerna dan hasil perkumuhan dalam badan.
Serat
Membantu pergerakan makanan melalui saluran pencernaan
Nilai Kalori bagi Pelbagai Kelas Makanan
■ Nilai kalori
►
Merupakan kuantiti tenaga yang terkandung dalam sesuatu makanan.
►
Tenaga yang dihasilkan apabila 1 gram makanan dibakar dalam suatu kalorimeter bom.
►
Nilai kalori diukur dalam unit kalori atau joule. Pertukaran unit adalah seperti berikut:
◉
1 kalori (cal) = 4.2 joule (J)
◉
1 kilokalori = 4.2 kilojoule
◉
1 kcal = 4.2 kJ
►
Tenaga yang diperoleh selepas makan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak dalam makanan itu.
Kelas makanan
Nilai kalori dalam 1g makanan
Karbohidrat
17.2
Protein
22.2
Lemak
38.5
■ Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori dalam beberapa jenis makanan.
Jenis makanan
Tenaga per 100g (kJ)
Jenis makanan
Tenaga per 100g (kJ)
Nasi
1512
Roti
1134
Ayam
590
Daging
1010
Telur goreng
945
Telur rebus
659
Gula
1625
Mentega
3007
Epal
244
Pisang
357
■ Nilai kalori dalam makanan boleh dianggarkan jika nilai kalori setiap jenis makanan per 100g diketahui.
■ Jadual berikut menunjukkan jumlah nilai kalori yang patut diambil untuk mengelakkan obesiti.
Jantina
Peringkat umur
Nilai kalori sehari yang disyorkan
Lelaki
15 - 18
12600
19 - 24
12180
Perempuan
15 - 18
9240
19 - 24
9240
■ Video ini menerangkan tentang nilai kalori seseorang dalam sehari.(English)
✍ Contoh latihan 2.1(a)
Hitungkan nilai kalori yang dimakan oleh Ahmad sekiranya dia mengambil 200g roti, 5g mentega dan 100g epal untuk sarapan pagi.
Nilai kalori di dalam roti = 2 X 1134 = 2268kJ
Nilai kalori di dalam mentega = (5/100) X 3007 = 150kJ
Nilai kalori di dalam epal = 1 X 244 = 244kJ
Jumlah nilai kalori = 2268 + 150 + 244 = 2662kJ
Faktor yang Mempengaruhi Jumlah Kalori yang Diperlukan oleh Seorang Individu
■ Setiap individu memerlukan kalori makanan yang berlainan.
■ Keperluan tenaga bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor
Penerangan
Jantina
◉
Remaja dan orang dewasa lelaki memerlukan lebih banyak tenaga daripada remaja dan orang dewasa perempuan.
◉
Ini adalah kerana lelaki selalumya mempunyai saiz badan yang lebih besar dan aktif. Mereka mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan perempuan.
Saiz badan
◉
Saiz badan yang lebih besar memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan saiz badan yang kecil.
◉
Saiz badan yang lebih besar memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan dan menjalankan kegiatan metabolisme.
Umur
◉
Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan orang dewasa kerana mereka mempunyai kadar metabolisme dan kadar tumbesaran yang lebih tinggi.
◉
Keperluan tenaga harian bayi adalah tinggi disebabkan oleh kadar tumbesaran badan yang tinggi.
Pekerjaan
◉
Seorang buruh yang melakukan kerja berat memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan seorang pekerja yang melakukan kerja ringan di pejabat.
◉
Lebih banyak tenaga diperlukan oleh seseorang yang menjalani aktiviti yang cergas seperti bersukan.
Iklim persekitaran
◉
Manusia yang hidup di kewasan bercuaca sejuk memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengekalkan suhu badan mereka jika dibandingkan dengan manusia yang hidup di kawasan yang bercuaca panas.
◉
Lebih banyak tenaga haba badan dihilangkan ke persekitaran yang sejuk untuk mengekalkan suhu badan kerana manusia merupakan organisma homoioterma.
Kesihatan
◉
Seorang pesakit memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan seseorang yang sihat, untuk menentang penyakit supaya sembuh dengan lebih cepat.
◉
Sorang pesakit memerlukan lebih banyak tenaga untuk memperbaiki sel dan tisu badan yang rosak disebabkan oleh penyakitnya.
Ibu yang mengandung
◉
Ibu yang mengandung dan menyusukan bayi memerlukan lebih banyak tenaga kerana dia perlu membekalkan makanan dan tenaga untuk tumbesaran serta perkembangan badan fetus atau bayi semasa dia mengandung atau selepas dia bersalin.
◉
Fetus dan bayi bukan sahaja memerlukan tenaga daripada ibu tetapi juga nutrien makanan untuk mengekalkan kesihatan badan.
Masalah Kesihatan yang Berkaitan dengan Tabiat Makan
■ Malnutrisi
►
Berlaku apabila badan kita tidak mendapat nutrisi yang seimbang disebabkan oleh amalam pemakanan yang tidak sihat.
Kekurangan
Penyakit
Simptom
Protein
Kwasyiorkor
Pertumbuhan terbantutu, perut mengembung, kaki kecil, hilang selera makan dan warna rambut bertukar menjadi cerah.
Vitamin B1
Beri-beri
Lesu dan hilang selera makan. Kaki membengkak dan tidak dapat berjalan (dalam keadaan yang serius).
Vitamin C
Skurvi
Gusi bengkak dan mudah berdarah.
Vitamin D atau kalsium
Riket
Tulang menjadi lembut dan mudah dibengkok (Osteomalacia
Iodin
Goiter
Kelenjar tiroid membengkak
■ Kegendutan
►
Disebabkan oleh pengambilan makanan seperti gula dan kanji secara berlebihan.
►
Kurang bersenam juga membawa risiko kepada kesihatan badan dan menyebabkan masalah kegendutan.
►
Masalah kegendutan boleh mengakibatkan sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
■ Anoreksia nervosa
►
Berkaitan dengan masalah psikologi.
►
Berlaku di kalangan remaja perempuan yang selalu menganggap badannya adalah terlalu gemuk seterusnya mengurangkan pengambilan makanan supaya boleh menjadi lebih kurus dan cantik.
►
Mengakibatkan kehilangan berat badan, malnutrisi dan masalah kesihatan badan lain seperti gangguan kitar haid dan masalah mental serta fisiologi.
■ Penyakit yang disebabkan oleh tabiat makan
►
Kolesterol berlebihan
◉
Kolesterol terdapat dalam lemak haiwan.
◉
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah akan menyempitkan arteri dan menyekat ia menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai trombosis.
◉
Trombosis berlaku apabila arteri pecah dan pembekuan darah berlaku.
◉
Thrombosis boleh menyebabkan strok (jika ia berlaku di dalam otak) dan penyakit jantung atau serangan jantung (jika ia berlaku di dalam jantung).
◉
Kolesterol terkumpul dalam pundi hempedu boleh menyebabkan pembentukan batu karang.
►
Garam berlebihan
◉
Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang merosakkan jantung dan membawa kepada strok.
►
Gula berlebihan
◉
Boleh menyebabkan kerosakan gigi, kegendutan dan penyakit kencing manis.
Kepentingan Nutrisi yang Seimbang dan Tabiat Makan yang Sihat
■ Diet yang seimbang dan tabiat makan yang baik diperlukan
►
untuk membekalkan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian