Friday, 20 February 2015

Aktiviti Makmal 4.4.3: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan larutan natrium hidroksida akueus.


Aktiviti Makmal 4.4.3: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan larutan natrium hidroksida akueus.
Tujuan: Untuk mengkaji tindak balas antara halogen dan larutan natrium hidroksida.
Pernyataan masalah: Bagaimana klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida?
Hipotesis: Kereaktifan berkurangan bagi tindak balas antara halogen dan larutan natrium hidroksida apabila menuruni Kumpulan 17.
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan : Larutan natrium hidroksida
» Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis halogen
» Pembolehubah bergerakbalas: Kereaktifan tindak balas

Bahan:
» Gas klorin
» Larutan bromin
» Pepejal iodin
» Larutan natrium hidroksida 

Apparatus:
» Penyumbat getah
»Tabung uji 
Prosedur:

► Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.

► (A) Dengan klorin
1. Gas klorin dialirkan ke dalam tabung yang mengandungi larutan natrium hidroksida.
2. Semua pemerhatian direkodkan.

► (B) Dengan bromin
1. Beberapa titik cecair bromin dititis ke dalam tabung yang mengandungi larutan natrium hidroksida.
2. Tabung uji ditutup dengan gabus dan digoncang.
3. Semua pemerhatian direkodkan.

► (C) Dengan iodin
1. Sedikit pepejal iodin dimasukkan ke dalam tabung yang mengandungi larutan natrium hidroksida.
2. Tabung uji ditutup dengan gabus dan digoncang.
3. Semua pemerhatian direkodkan.
Keputusan:

►
Halogen Pemerhatian
Klorin Larut dengan cepat. Warna kuning kehijauan klorin berubah ke tidak berwarna.
Bromin Larut dengan kurang cepat. Membentuk larutan tidak berwarna.
Iodin Larut dengan perlahan-lahan untuk membentuk larutan tidak berwarna.
Perbincangan:

► Klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan hidroksida untuk membentuk natrium halida, natrium hipohalite dan air.

► Klorin larut dengan cepat dalam larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium klorida, natrium hipoklorit dan air.
○ Cl2(g) + 2NaOH(ak) → NaCl(ak) + NaClO(ak) + H2O(ce)

► Bromin larut kurang cepat dalam larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium bromida, natrium hipobromite dan air.
○ Br2(g) + 2NaOH(ak) → NaBr(ak) + NaBrO(ak) + H2O(ce)

► Iodin larut dengan perlahan-lahan dalam larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium iodida, natrium hipoiodite dan air.
○ I2(g) + 2NaOH(ak) → NaI(ak) + NaIO(ak) + H2O(ce)

► Kereaktifan halogen dengan larutan natrium hidroksida berkurangan apabila menuruni Kumpulan 17.
Kesimpulan:

► Halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida.

► Kereaktifan meningkatkan apabila menuruni Kumpulan 17.

► Hipotesis diterima.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment