Monday, 9 February 2015

3.3 Mol dan Jisim Bahan

Bilangan mol dan jisim
■ Definisi : Jisim molar: Jisim bahan yang mengandungi satu mol bahan.

► Jisim molar bahan = jisim 1 mol bahan

► Jisim molar bahan = jisim bahan untuk 6.02×1023  zarah.
■ Hubungan antara bilangan mol, jisim molar dan jisim bahan.

► Jisim molar suatu bahan adalah bersamaan dengan jisim atom relatif, jisim molekul relatif atau jisim formula relatif yang ditulis dalam unit gram.

► Contoh:
○ Jisim atom relatif nitrogen, N = 14, jadi jisim molar bagi nitrogen adalah 14g.
○ Jisim molekul relatif nitrogen, N2 = 14 x 2 = 28, iaitu jisim molar molekul = 28g.
■ Ringkasan bagi hubungan antara bilangan mol, jisim molar dan jisim bahan.


✍ Contoh 3.3(a)

(a) Hitungkan jisim bagi 0.5 mol klorin, Cl2  [JAR: Cl = 35.5]

Penyelesaian
Jisim 0.5 mol klorin Cl2
Bilangan mol =Jisim klorin Jisim molekul relatif
0.5 =Jisim klorin 2.0×35.5
Jisim klorin = 0.5×71
Jisim klorin = 35.5g

(b) Cari bilangan mol bagi 32 g kuprum, Cu. [JAR: Cu = 64] 

Penyelesaian
Bilangan mol =Jisim kuprum Jisim atom relatif
Bilangan mol =32 64
Bilangan mol = 0.5mol

✍ Contoh 3.3(b)
Hitungkan bilangan zarah bagi 20 g metana, CH4 , [RAM: H = 1, C = 12]

Penyelesaian
Bilangan mol =Jisim metana Jisim molekul relatif
Bilangan mol =20 12+(4×1)
Bilangan mol = 1.25mol
Bilangan zarah = Bilangan mol × Pemalar Avogrado
Bilangan zarah = 1.25×6.02×1023
Bilangan zarah = 7.75×1023


⇲ For exercise(objective and subjective), download for free on Android OS.

No comments:

Post a Comment