Sunday, 8 February 2015

2.4 Struktur Elektron Atom

Susunan elektron dalam Atom
■ Struktur atom

► Atom terdiri daripada nukleus dan elektron.

► Elektron bergerak mengelilingi nukleus atom.

► Elektron disusun dalam petala-petala.

► Video berikut mengandungi maklumat mengenai susunan elektron dalam atom.
■ Susunan elektron (Konfigurasi elektron)

► Cara di mana elektron akan disusun dalam petala-petala atom.

► Animasi berikut menunjukkan susunan elektron bagi atom.
■ Elektron valens

► Definisi : Elektron dalam petala yang paling luar.

► Unsur-unsur dengan bilangan elektron valens yang sama mempunyai sifat kimia yang sama.

► Contoh-contoh bagi susunan elektron dan elektron valens.

Simbol Nombor proton Bilangan elektron Susunan elektron Elektron valens
11H 1 1 1 1
168O 8 8 2.6 6
126C 6 6 2.4 4
4020Ca 20 20 2.8.8.2 2

✍ Contoh latihan 2.4(a)
Lengkapkan jadual berikut:

Unsur Simbol Bilangan proton Bilangan elektron Susunan elektron Elektron valen
Helium 42He 2 2 2 2
Nitrogen 147N 7 7 2.5 5
Neon 2010Ne 10 10 2.8 8
Natrium 2311Na 11 11 2.8.1 1
Aluminium 2713Al 13 13 2.8.3 3
Argon 4018Ar 18 18 2.8.8 8
Kalium 3919K 19 19 2.8.8.1 1


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment