Sunday, 28 June 2015

4.7 Kaedah Penulenan Bahan

Ciri-ciri Bahan Tulen
■ Bahan tulen

Tidak mengandungi sebarang bendasing.

Mempunyai takat beku , lebur dan takat didih yang tertentu.

Contoh:
Bahan tulen Takat didih Takat beku
Air 100℃ 0℃
Besi 2800℃ 1534℃
■ Kesan bendasing ke atas bahan tulen

Takat didih bahan tulen tersebut meningkat.

Takat didin bahan tulen tersebut menurun.

Kaedah Penulenan
■ Penulenan merupakan proses pengasingan bendasing daripada sesuatu bahan.
■ Proses penulenan terdiri daripada:

Penyulingan

Penghabluran
■ Penyulingan

Digunakan untuk memperoleh ceceair tulen daripada cecair yang dicemari bahan lain.

Melibatkan proses pemanasan cecair menjadi wap (gas). Wap itu kemudian dikondensasikan untuk memperoleh cecair tulen (hasil penyulingan).

Kaedah ini digunakan untuk memisahakan bendasing terlarut daripada suatu cecair yang:
Melarutkan satu sama lain
Tidak bertindak balas antara satu sama lain
Mempunyai takat didih yang berbeza

Contoh proses penyulingan:
Mengasingkan alkohol daripada campuran air dan alkohol.
Mengasingkan air dari campuran air dan garam.
■ Video ini menunjukkan cara-cara memisahkan air tulen daripada larutan garam. (English)
■ Penghabluran

Kaedah penulenan yang dijalankan untuk memperoleh hablur tulen daripada suatu larutan tepu bahan tersebut.

Contoh: Menulenkan garam daripada larutan tepu.

Larutan tepu ialah larutan yang mengandungi kuantiti maksimum bahan terlarut.

Aktiviti Makmal 4.7.1: Proses Penyulingan
Aktiviti Makmal 4.7.2: Proses Penghabluran
Applikasi Kaedah Penulenan Bahan
■ Aplikasi proses penyulingan dalam kehidupan harian termasuk:

Memecahkan petroleum mentah kepada juzuk-juzuknya seperti petrol, kerosin dan diesel untuk kegunaan sebagai bahan api.

Menghasilkan air suling untuk menyediakan larutan bahan di makmal dan memproses makanan dalam industri.

Menghasilkan udara cecair (oksigen tulen) untuk digunakan sebagai bahan api roket dan bekalan oksigen untuk tangki pernafasan.

Memperoleh etanol tulen daripada campuran hasil penapaian larutan gula dengan yis.

Memperoleh air tulen daripada air tercemar.

Contoh latihan 4.7(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
(a) Bendasing akan __________menurunkan takat lebur bahan dan __________meningkatkan takat didih.
(b) __________Takat Lebur boleh digunakan untuk menentukan ketulenan natrium klorida.
(c) __________Penghabluran digunakan untuk menyediakan gula putih daripada jus tebu.
(d) __________Penyulingan digunakan untuk mendapatkan cecair tulen dari cecair yang mengandungi kekotoran.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: