Monday 29 June 2015

Aktiviti Makmal 4.7.1: Proses Penyulingan


Aktiviti Makmal: 4.7.1 Proses Penyulingan
Tujuan: Untuk memahami kaedah penyulingan

Bahan:
» Air paip
» Larutan Natrium Klorida
» Serpihan porselin

Radas:
» Termometer
» Bikar 250cm3
» Tungku kaki tiga
» Penunu Bunsen
» Dawai kasa
» Kondenser Leibig
» Kaki retort
» Kelalang berdasar bulat
Prosedur:

Susunan radas di atas digunakan untuk menulenkan cecair secara penyulingan
1. Larutan natrium klorida dituangkan ke dalam dalam kelalang berdasar bulat sehingga separuh penuh dan beberapa sepihan porselin ditambah ke dalamnya.
2. Air paip dilalukan melalui kondenser Liebig itu.
3. Larutan natrium klorida tersebut dipanaskan dan cecair yang mengalir keluar dari Liebig kondenser dikumpul menggunakan bikar.
4. Suhu cecair ketika mula aliran keluar dari kondenser direkodkan.
5. Takat didih cecair ditentukan.
6. Panaskan larutan natrium klorida sehingga ia kering.
7. Pepejal putih yang tertinggal dalam kelalang dirasai.
Pemerhatian:

Animasi di bawah menunjukkan pemerhatian eksperimen. (English)
1. Suhu cecair ketika air mula mengalir keluar = takat didih daripada hasil penyulingan = 100°C
2. Hasil sulingan adalah air tawar.
3. Pepejal putih berasa masin.
Analisis:

Hasil sulingan merupakan air tulen.

Pepejal putih yang tertinggal dalam kelalang ialah natrium klorida (garam).

Serpihan porselin ditambah untuk mengelakkan campuran cecair dalam kelalang daripada memasuki kondenser Liebig.

Dua proses berlaku:
proses pendidihan dalam kelalang
pemeluwapan dalam kondenser Liebig

Aliran air paip melalui kondenser Liebig adalah untuk menyejukkan wap agar ia memeluwap kepada cecair.
Perbincangan:

Larutan natrium klorida boleh digantikan dengan campuran alkohol dan air.
Conclusion:

Air suling dan garam biasa dapat dipisahkan daripada air garam dengan kaedah penyulingan

⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

4 comments:

  1. Good.now I know how to do this experiment.

    ReplyDelete
  2. kenapa air masuk dari bawah kondenser tu cikgu ?

    ReplyDelete
  3. takat didih 100°C , suhu cecair pun 100 °C ke ?

    ReplyDelete