Tuesday, 23 June 2015

2.8 Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Koordinasi Badan dan Kesihatan

Jenis-jenis Dadah
■ Dadah

Bahan kimia yang boleh mengubah fungsi dan fisiologi badan.

digunakan untuk merawat penyakit di dalam bidang perubatan.
■ Jenis-jenis dadah dan ciri-cirinya

Jenis dadah Contoh Ciri-ciri
Depresen (penenang) Morfin
Heroin
Barbiturat
◉ Mengurangkan tekanan jiwa
◉ Menenteramkan fikiran
◉ Melambatkan gerak balas terhadap rangsangan
Stimulan (perangsang) Amfetamin
Nikotina
◉ Meningkatkan kadar metabolisme badan
◉ Menjadikan seseorang lebih aktif
Opiat (pelega kesakitan) Morfin
Heroin
Kokain
Kodein
◉ Melegakan kesakitan dan kegelisahan
Halusinogen (pengubah perasaan hati) Ganja
LSD
Ketamin
◉ Menyebabkan halusinasi
◉ Menyebabkan kegilaan dan kematian

■ Singkatan berikut boleh digunakan untuk menghafal jenis dadah: DOSH

Depresen Opiat Stimulan Halusinogen
■ Contoh dadah dan sumbernya:

Jenis dadah Sumber
Morfin Diperbuat daripada bahan-bahan coklat yang diproses daripada candu
Ganja Diperbuat daripada daun dan bunga kering daripada tumbuhan Cannabis Sativa
Heroin Diperbuat daripada serbuk putih atau coklat yang diproses daripada morfin
Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Koordinasi Badan dan Kesihatan
■ Penggunaan dadah

Dadah digunakan dengan meluas di dalam bidang perubatan untuk menyembuh pesakit.
■ Penyalahgunaan dadah

Penggunaan berlebihan ubat untuk keseronokan tanpa doktor yang betul panduan.

Ia boleh membawa kepada kemerosotan dalam kesihatan pengguna, kedua-dua fizikal dan mental.
■ Kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi dan kesihatan badan

Jenis dadah Kesan buruk
Heroin dan morfin ◉ Mata dan hidung berair
◉ Mata membonjol
◉ Koordinasi badan terjejas
◉ Hilang selera makan
◉ Loya, muntah dan cirit-birit
◉ Kurang berat badan
Kokain ◉ Kesukaran untuk tidur
◉ Masalah jiwa
Anfetamin ◉ Kesukaran untuk tidur
◉ Penyakit kulit
◉ Gangguan jiwa
LSD ◉ Tekanan perasaan dan kecendurangan untuk membunuh diri
Barbiturat ◉ Kekejangan yang boleh menyebabkan kematian
■ Video ini mengandungi maklumat tentang kesan-kesan dadah pada otak kita. (English)

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Penyalahgunaan Dadah dan Cara Mengatasinya
■ Faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah:

Pengaruh rakan sebaya

Keinginan untuk mencuba

Mencari keseronokan

Kurang pendidikan agama dan moral
■ Cara-cara untuk mengatasinya:

Kempen Anti-dadah melalui media massa

Hukuman berat atas kesalahan menyeludup dadah

Pengawasan ibu bapa dalam aktiviti seharian kanak-kanak

Penekanan kepada pendidikan agama dan moral

Dapatkan bantuan dari pusat-pusat seperti PEMADAM untuk merawat penagih dadah.

Contoh latihan 2.8(a)
Nyatakan jenis dadah mengikut ciri-cirinya.
Ciri-ciri
Menenteramkan fikiran Depresen
Meningkatkan kadar metabolisme badan Stimulan
Melegakan kesakitan Opiat
Menyebabkan halusinasi Halusinogen


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment: