Wednesday, 24 June 2015

2.4 Peranan Reseptor Regang dalam Mengekalkan Keseimbangan dan Koordinasi Badan

Reseptor Regang
■ Deria kinestesis

► Sejenis deria yang membolehkan kita menyedari tentang kedudukan dan mengesan gerakan anggota badan untuk mengekalkan keseimbangan badan.

► Deria kinestesis reseptor (reseptor regang) terdapat pada otot, endi, ligamen dan tendon.
■ Reseptor regang mengesan pergerakan dan kedudukan badan atau anggota badan dengan bertindak balas terhadap rangsangan.
■ Reseptor regang bertindak sebagai deria kinestesis:

► Ketegangan otot, sendi, ligamen atau tendon akan merangsang reseptor regang.

► Reseptor regang akan mencetuskan impuls dan dihantar melalui saraf ke otak.

► Setelah pentafsiran, satu impuls dari otak akan dihantar ke bahagian-bahagian badan untuk mengkoordinasikan gerak balas yang sewajarnya.
■ Contoh deria kinestesis termasuk:

► Berbasikal

► Membutang baju tanpa melihat

► Bermain piano
■ Video ini menunjukkan aktiviti yang dibantu oleh deria kinestesis. (English)



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment