|
Aktiviti Makmal 5.1.1: Perubahan Fizikal
|
Tujuan: Untuk memahami perubahan fizikal.
Bahan:
» Kiub ais
» Kuprum(II) Sulfat
» Kristal iodin
» Air
|
|
Radas:
» Bikar
» Tungku kaki tiga
» Penunu Bunsen
» Mangkuk pijar
» Spatula
|
Prosedur:
|
► |
A. Penghabluran
1. |
Kuprum(II) sulfat ditambahkan ke dalam bikar yang berisi air sehingga ia tepu. |
2. |
Bikar ini kemudian dipanaskan dan pemerhatian direkod. |
|
|
► |
B. Memanaskan kristal iodin
1. |
Beberapa kristal iodin diletakkan di dalam bikar. |
2. |
Mangkuk kaca yang mengandungi kiub ais diletakkan di atas bikar tersebut. |
3. |
Bikar ini kemudian dipanaskan perlahan-lahan dan pemerhatian direkod. |
|
|
► |
C. Pencairan ais
1. |
Beberapa kiub ais diletakkan ke dalam bikar dan dibiarkan pada suhu bilik untuk seketika. |
2. |
Pemerhatian direkod. |
|
Pemerhatian:
|
► |
A. Penghabluran
|
|
► |
B. Memanaskan kristal iodin
|
|
◉ |
Kristal iodin hitam berubah dan membentuk wap ungu apabila dipanaskan. |
◉ |
Wap ungu kristal hitam berubah dan menjadi kristal hitam semula. |
|
|
► |
C. Pencairan ais
|
Analisis:
|
► |
A. Penghabluran
◉ |
Hasil eksperimen yang terbentuk adalah pepejal kuprum (II) sulfat yang sama dengan bahan asal. |
|
|
► |
B. Memanaskan kristal iodin
◉ |
Sifat-sifat kristal iodin dan wap iodin adalah sama. |
|
|
► |
C. Pencairan ais
◉ |
Ciri-ciri ais dalam keadaan pepejal dan cecair adalah sama. |
|
Kesimpulan:
|
► |
Ciri-ciri dan komposisi bahan-bahan yang terhasil adalah sama. |
|
► |
Bahan-bahan dalam eksperimen ini hanya mengubah fizikal. |
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. |
|
|
No comments:
Post a Comment