Perubahan Kimia
■ Perubahan kimia boleh ditakrifkan sebagai perubahan dalam jirim yang membentuk bahan baharu yang berbeza daripada bahan asalnya.
■ Perubahan kimia
►
Melibatkan penyerapan atau pelepasan tenaga haba dan adakalanya tenaga cahaya dihasilkan.
►
Dalam beberapa kes, sumber tenaga diperlukan untuk memulakan tindak balas kimia.
►
Bahan tindak balas biasanya mengalami perubahan warna apabila perubahan kimia berlaku.
►
Pembentukan bahan baharu biasanya tidak boleh ditukar kembali ke dalam bahan asalnya secara fizikal.
►
Contoh:
◉
Membakar bahan api seperti kerosin.
◉
Mencampurkan kalium iodida dengan plumbun(II) nitrat
◉
Pengaratan besi, fotosintesis, pereputan daun dan respirasi sel.
No comments:
Post a Comment