Wednesday 24 June 2015

3.4 Mutasi

Jenis-jenis mutasi
■ Mutasi

Perubahan yang berlaku secara spontan pada struktur gen atau kromosom suatu organisma.

Gen yang telah mengalami mutasi disebut mutan.

Bahan yang boleh menyebabkan mutasi disebut mutagen.
■ Jenis-jenis mutasi

Mutasi gen

Mutasi kromosom

Mutasi Gen
■ Mutasi

Menyebabkan perubahan pada struktur DNA di satu lokasi.

Menyebabkan perubahan pada ciri-ciri yang dikawal oleh gen tersebut.

Biasanya, hanya satu gen terlibat dan ia boleh berlaku dalam gen dominan atau gen resesif.
■ Akibat mutasi gen

Mutasi gene yang berlaku dalam gen resesif boleh menyebabkan penyakit keturunan seperti albinism, buta warna dan anemia sel sabit

Mutasi gene yang berlaku dalam gen dominan boleh menyebabkan penyakit Huntington.
■ Penyakit keturunan disebabkan oleh mutasi gen:

Albinisme
Disebabkan oleh perubahan pada gen yang mengawal warna kulit
Gen baru yang dihasilkan tidak dapat menghasilkan pigmen kulit
Pesakit albanisme disebut albino
Animasi di bawah menunjukkan warisan albinism

■ Buta warna

Pesakit buta warna mempunyai mutasi gen resesif yang dikaitkan dengan kromosom X.

Lebih kerap berlaku pada lelaki kerana lelaki hanya mempunyai satu kromosom X berbanding dengan wanita.

Pesakit buta warna tidak dapat melihat dan membezakan antara warna merah dengan hijau
■ Anemia sel sabit

Disebabkan oleh perubahan pada gen yang menghasilkan hemoglobin

Hemoglobin menjadi kurang cekap untuk mengangkut oksigen
Mutasi Kromosom
■ Mutasi kromosom

Mutasi kromosom merupakan perubahan dalam struktur atau susunan gen dalam kromosom.

Berlaku akibat daripada kesilapan dalam pembahagian sel. Perubahan dalam bilangan kromosom adalah disebabkan oleh kegagalan kromosom homolog berpecah semasa meiosis yang boleh menyebabkan seorang individu yang mempunyai 45 atau 47 kromosom.

Animasi di bawah menunjukkan mutasi kromosom yang boleh berlaku dengan cara yang berbeza.
■ Akibat mutasi kromosom

Boleh menyebabkan penyakit keturunan seperti sindrom Down, sindrom Klinefelter dan sindrom Turner.
■ Sindrom Down

Disebabkan oleh kromosom tambahan pada autosom 21 (yang mempunyai sejumlah 47 kromosom)

Ciri fizikal seperti mempunyai leher pendek, hidung pendek, menonjol lidah dan mata condong.

Mengalami gangguan mental.
■ Sindrom Klinefelter

Disebabkan oleh kromosom X tambahan dan berlaku pada lelaki, dengan itu mempunyai 44 + xxy kromosom.

Ciri-ciri pesakit seperti mempunyai bahu sempit, testis kecil dan mandul.
Faktor-faktor yang Menyebabkan Mutasi
■ Punca mutasi

Bahan yang boleh menyebabkan mutasi disebut mutagen.

Bahan-bahan kimia seperti pestisid, nikotin dalam rokok, dadah, bahan pengawet, pewarna makanan dan pemanis tiruan boleh menyebabkan mutasi.

Sinaran radioaktif, sinar gama dan sinar-x antara penyebab mutasi.

Radiasi nuklear dan sinaran berbahaya boleh menembusi sel-sel badan untuk memusnahkan atau mengubah struktur kromosom.

Kelebihan dan Kekurangan Mutasi
■ Kelebihan

Mutasi pada organisma menyebabkan variasi yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan alam sekitar.

Spesies yang mempunyai lebih rintangan cuaca dan penyakit boleh dihasilkan.
■ Kekurangan

Sesetengah mutasi boleh menyebabkan penyakit seperti buta warna, sindrom Turner, albinisme dan hemofilia yang tidak dapat disembuhkan.

Sindrom Klinefelter yang menyebabkan kemandulan

Mutasi juga menyebabkan kecacatan fizikal, mental dan janin.

Contoh latihan 3.4(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Mutasi boleh diwarisi jika berlaku dalam sel-sel soma.
Mutasi adalah perubahan spontan kepada struktur gen organisma.
Mutasi boleh berlaku secara semula jadi.

Contoh latihan 3.4(b)
Nyatakan jenis penyakit keturunan berdasarkan penjelasan yang diberikan.
Penjelasan
Perubahan pada gen yang menghasilkan hemoglobin Anemia sel sabit
Tidak dapat melihat dan membezakan antara warna merah dengan hijau Buta warna
Ketiadaan sejenis protein dalam darah yang diperlukan untuk pembekuan darah Hemofilia
Perubahan pada gen yang mengawal warna kulit Albanisme
Kekurangan satu kromosom X Sindrom Turner
Lebihan satu kromosom ke-21 (autosom) Sindrom Down
Lebihan satu kromosom seks X Sindrom Klinefelter


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

1 comment:

  1. cikgu gamet yang manakah yang tidak akan membawa gen mutan ?

    ReplyDelete