Reseptor dan Efektor
■ Reseptor
|
► |
Sel pada organ deria yang mengesan rangsangan. |
|
► |
Mata, telinga, lidah, hidung dan kulit ialah lima jenis organ deria manusia. |
■ Efektor
|
► |
Organ yang bergerak balas terhadap rangsangan yang diterimanya. |
|
► |
Otot dan kelenjar adalah contoh efektor. |
■ Semua reseptor dan efektor disambungkan kepada sistem saraf pusat dengan neuron.
■ Contoh hubungan antara reseptor, neuron dan efektor dengan sistem saraf pusat.
|
Rangsangan |
Reseptor |
Sistem saraf pusat |
Efektor |
Gerak balas |
Bau makanan sedap |
Deria dalam hidung |
Otak |
Kelenjar air liur |
Air liur terhasil |
Jari tersentuh jarum |
Deria pada kulit |
Saraf tunjang |
Otot di tangan |
Tangan tersentak menjauhi jarum |
|
Tindakan Refleks
■ Tindakan refleks
|
► |
Gerak balas badan secara automatik dan pantas terhadap rangsangan luar tanpa pemikiran dan tidak melibatkan serebrum otak (luar kawal). |
|
► |
Bertujuan melindungi kita daripada keadaan yang berbahaya atau kecederaan. |
■ Arka refleks
|
► |
Lintasan yang dilalui ketika tindakan refleks. |
|
► |
Laluan tindakan refleks dipanggil arka refleks yang terdiri daripada:
|
◉ |
Reseptor atau organ deria |
|
◉ |
Neuron deria |
|
◉ |
Neuron motor |
|
◉ |
Otot atau efektor |
|
|
► |
Carta alir dibawah menunjukkan arka refleks suatu tindakan refleks
|
■ Video ini menerangkan tentang arka refleks dan laluan impuls di dalam arka refleks. (
English)
■ Arka refleks pantulan lutut:
|
► |
Jika kepala lutut kaki diketuk lembut, sel-sel reseptor dalam kepala lutut dirangsang. Saraf impuls dicetuskan. |
|
► |
Impuls bergerak di sepanjang neuron deria ke saraf tunjang. |
|
► |
Impuls melalui sinaps ke neuron perantaraan. |
|
► |
Impuls melalui sepanjang neuron perantaraan. |
|
► |
Ia merentasi sinaps ke neuron motor. |
|
► |
Ia kemudian melalui sepanjang neuron motor ke otot. |
|
► |
Otot mengecut dan pantulan lutut terjadi. |
■ Antara contoh lain tindakan refleks
|
► |
Anak mata mengecil dalam keadaan cahaya terang dan membesar dalam keadaan gelap. |
|
► |
Tangan atau jari tersentak dari benda panas atau tajam. |
|
► |
Mengerlip mata untuk mengelakkan kemasukan bendasing. |
|
► |
Batuk untuk mengeluarkan makanan daripada trakea. |
|
► |
Berpeluh untuk menurunkan suhu badan. |
✍ Contoh latihan 2.3(a)
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
|
A. |
__________Reseptor adalah sel-sel dalam organ deria yang mengesan rangsangan yang disebabkan oleh perubahan dalam persekitaran. |
|
B. |
__________Efektor adalah organ yang bertindak balas kepada rangsangan. |
|
C. |
__________Tindakan refleks adalah tindak balas autonomi dan cepat terhadap rangsangan luaran. |
|
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. |
|
|
No comments:
Post a Comment