Wednesday, 24 June 2015

3.6 Variasi di Kalangan Hidupan

Variasi Selanjar dan Variasi Tak Selanjar
■ Variasi membolehkan sati individu dibexakan daripada individu yang lain misalnya dari segi ketinggian badan, warna kulit dan jenis rambut
■ Variasi dibahagikan kepada:

Variasi selanjar

Variasi tak selanjar
■ Variasi selanjar

Sifat yang tidak menunjukkan perbezaan ketara dan mempunyai julat perantaraan yang berterusan antara dia ekstrem

Ditentukan oleh gen dan boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran

Contoh : tinggi, berat badan, warna kulit dan panjang tapak kaki
■ Variasi tak selanjar

Sifat yang mempunyai perbezaan yang nyata dan ketara

Ditentukan oleh satu gen dan tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran

Contoh: kumpulan darah, cap jari, jantina dan jenis rambut

Faktor-faktor Penyebab Variasi
■ Antara faktor yang menyebabkan variasi

Faktor genetik
Menentukan perubahan yang diwarisi daripada ibu bapa.
Perubahan wujud sepanjang hayat seseorang individu.
oleh diwarisi oleh generasi akan datang.
Contoh: kumpulan darah, warna mata.

Faktor persekitaran
Menghasilkan variasi yang disebabkan oleh makanan, pendedahan kepada cahaya matahari, iklim dan cuaca.
Variasi boleh berubah.
Contoh: berat badan.

■ Perbandingan antara variasi selanjar dan variasi tak selanjar

Ciri-ciri Variasi selanjar Variasi tak selanjar
Perbezaan Tidak menunjukkan perbezaan yang ketara Perbezaan yang nyata dan ketara
Contoh Tinggi, berat badan, warna kulit Kumpulan darah, cap jari, jantina
Bentuk graf Taburan normal Taburan diskret
Faktor yang mempengaruhi Genetik dan persekitaran Genetik

Kepentingan Variasi
■ Kepentingan variasi

Pembentukan spesies baru di kalangan spesies yang sama untuk meningkatkan kepelbagaian

Membolehkan spesies baru menyesuaikan diri kepada perubahan alam sekitar

Membenarkan pembiakan silang antara spesies untuk membentuk spesies baru.

Pohon Keluarga
■ Pohon keluarga

Merupakan rekod sifat yang diwarisi dari satu generasi ke generasi.

Untuk menunjukkan pewarisan sifat dalam keluarga.

Contoh: Jenis rambut

Contoh latihan 3.6(a)
Pilih betul [✔] atau salah [✘] untuk kenyataan-kenyataan berikut.
Kenyataan
Jenis variasi terbahagi kepada dua iaitu variasi selanjar dan variasi tak selanjar
Variasi selanjar boleh diwarisi
Histogram variasi selanjar adalah lengkung taburan normal
Variasi tak selanjar merujuk kepada ciri-ciri yang menunjukkan variasi yang jelas dan pasti dalam sifat di antara individu daripada spesies yang sama
Variasi tak selanjar dipengaruhi oleh alam sekitar.


⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment