Sunday 28 June 2015

4.4 Pengelasan Unsur dalam Jadual Berkala

Jadual Berkala
■ Unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton yang menaik secara mengufuk dalam Jadual Berkala
■ Setiap kumpulan mengandungi unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama.
■ Animasi di bawah menunjukkan Jadual Berkala yang moden. (English)
■ Animasi di bawah menunjukkan ringkasan maklumat yang boleh diperolehi daripada Jadual Berkala. (English)
Kumpulan
■ Merupakan turus menegak dalam Jadual Berkala.
■ Setiap unsur-unsur dalam suatu kumpulan menunjukkan sifat kimia yang sama.
■ Sifat fizikal unsur menunjukkan perubahan secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan.
■ Beberapa kumpulan mempunyai nama khas.
Kumpulan Nama khas
Kumpulan 1 Alkali (Bahan yang sangat reaktif)
Kumpulan 2 Logam alkali bumi
Kumpulan 17 Halogen
Kumpulan 18 Gas adi (Stabil secara kimia dan tidak reaktif)
Kumpulan 3 hingga 12 Unsur (logam) peralihan

Kala
■ Baris mendatar dalam Jadual Berkala.
■ Bilangan proton meningkat sebanyak satu di suatu kala, dari kiri ke kanan.
■ Unsur-unsur dengan perubahan sifat kimia dan sufat fizikal secara beransur-ansur daripada logam kepada bukan logam.
■ Dalam Kala 6, bilangan unsur-unsur dari 58 hingga 71 disenaraikan secara berasingan sebagai siri lantanida.
■ Dalam Kala 7, bilangan unsur-unsur dari 90 hingga 103 disenaraikan secara berasingan sebagai siri aktinida. (English)
Kedudukan Logam, Bukan Logam dan Separuh Logam
■ Unsur-unsur di dalam Jadual Berkala terbahagi kepada tiga bahagian:

Logam

Separuh logam

Bukan logam
■ Kedudukan logam, bukan logam dan separuh logam

80% unsur-unsur di dalam Jadual Berkala adalah logam, terletak di sebelah kiri Jadual Berkala.

Semi-unsur logam yang terletak di antara logam dan bukan logam unsur. Semi-logam adalah unsur-unsur dengan kedua-dua logam dan bukan logam ciri-ciri.

Kepentingan Jadual Berkala
■ Animasi di bawah menunjukkan pengelasan dalam jadual berkala. (English)
■ Kepentingan Jadual Berkala

Satu alat yang berguna untuk ahli-ahli sains dan pelajar kerana ia menyediakan pendekatan yang teratur dan sistematik untuk mengkaji sifat-sifat unsur.

Digunakan untuk meramal sifat dan kegunaan unsur-unsur tertentu.

Unsur-unsur disusun mengikut kumpulan, lebih mudah untuk mengetahui sifat unsur-unsur dalam kumpulan tersebut.

Digunakan untuk meramalkan sifat kimia dan fizikal unsur.

Contoh latihan 4.4(a)
Jawab soalan berikut berdasarkan pada rajah dibawah.
Soalan
Yang manakah merupakan unsur logam? P, Q atau R
Yang manakah merupakan unsur separuh logam? S
Yang manakah merupakan unsur Kumpulan 1? P atau Q
Yang manakah merupakan unsur Kumpulan 6? Q
Nyatakan dua unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama P dan S
Unsur yang manakah paling tidak reaktif? T



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment