■ Jenis-jenis zarah:
► | Atom : zarah terkecil dalam unsur | |
► | Molekul : gabungan atom-atom | |
► | Ion : zarah yang mengandungi ion positif atau ion negatif |
► | Terdiri daripada atom sahaja | |
► | Atom-atom dalam bahan atom ditarik bersama oleh daya tarikan kimia yang kuat | |
► | Unit asas kesemua logam dan gas adi adalah terdiri daripada atom | |
► | Contoh bahan atom adalah tembaga, plumbum dan natrium |
Sebatian Molekul
■ Molekul
► | Terdiri daripada dua atau lebih atom daripada jenis yang sama atau jenis yang berbeza yang bergabung secara kimia. | |
► | Kebanyakkan bukan logam dan sebatian adalah terdiri daripada molekul. |
► | Molekul dihasilkan daripada atom bukan logam yang ditarik bersama oleh ikatan kovalen yang kuat | |
► | Daya tarikan antara molekul adalah lemah. Daya tarikan lemah ini dipanggil daya tarikan Van der Waals. |
■ Ion
► | Terdiri daripada ion negatif dan ion positif sahaja |
► | Terbentuk apabila atom logam bergabung dengan atom bukan logam melalui ikatan kimia untuk membentuk sebatian | |||||||
► | Contoh:
|
► | Apabila natrium (logam) bertindak balas dengan klorin (gas) untuk membentuk sebatian, atom natrium akan kehilangan elektron untuk membentuk ion natrium yang positif. | |
► | Atom klorin akan menerima elektron untuk membentuk ion klorida yang negatif. |
Sifat Fizikal Atom, Molekul dan Sebatian Ionik
■ Sifat fizikal suatu sebatian bergantung pada:
► | Jenis zarah | |
► | Susunan zarah | |
► | Daya tarikan antara zarah-zarah |
Sifat fizikal | Sebatian atom | Sebatian molekul | Sebatian ionik |
---|---|---|---|
Keadaan fizikal pada suhu bilik | Pepejal kecuali merkuri | Pepejal, cecair atau gas | Pepejal |
Kandungan bahan | Atom sahaja | Molekul sahaja | Ion positif dan ion negatid sahaja |
Daya tarikan antara zarah | Sangat kuat | Lemah | Sangat kuat |
Takat lebur dan takat didih | Tinggi | Rendah | Tinggi |
Kekonduksian elektrik | Semua logam (dan karbon) dan mengkonduksikan elektrik | Tidak mengkonduksikan elektrik | Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur tetapi tidak dalam keadaan pepejal |
Kelarutan | Tidak larut dalam air dan pelarut organik | Kebanyakannya larut dalam pelarut organik tetapi tidak larut dalam air. | Kebanyakannya larut dalamair tetapi tidak larut dalam pelarut organik. |
✍ Contoh latihan 4.5(a)
Nyatakan jenis zarah yang membentuk sebatian berikut.
Sebatian | |
---|---|
Oksigen | |
Kalsium klorida | |
Argon |
⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
its will be better if you put more examples... but its quite good enough..btw thanks for the information...
ReplyDeleteApa contah bahan bukan atom ? Rep fast please
ReplyDeleteThank you. It will be better if you hv more examples. The info is good.
ReplyDelete