Ia dilindungi oleh struktur tulang keras yang dipanggil tengkorak.
■ Otak manusia terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu:
►
Serebrum
►
Serebelum
►
Medula oblongata
■ Animasi di bawah menunjukkan fungsi utama otak manusia: (English)
■ Video ini menunjukkan pengenalan asas kepada struktur otak dan fungsi. (English)
■ Video ini menunjukkan serebrum dan fungsinya. (English)
Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal
■ Tindakan Terkawal
►
Jenis tindakan yang dilakukan mengikut kehendak kita.
►
Contoh: bercakap, berjalan, mendengar dan menulis
■ Tindakan Tidak Terkawal
►
Jenis tindakan yang berlaku tanpa disedari.
►
Otak tidak membuat keputusan sama ada tindakan akan berlaku atau tidak.
►
Contoh: bernafas, degupan jantung, peristalsis dan bersin.
■ Perbezaan antara tindakan terkawal dan tindakan tidak terkawal:
Ciri-ciri
Tindakan terkawal
Tindakan tidak terkawal
Dikawal mengikut kehendak
Tindakan dibuat secara sedar
Tindakan dibuat tanpa kesedaran
Rangsangan tindak balas
Bermula di otak
Tiada rangsangan
Kawalan tindakan
Serebrum
Medulla oblongata
Penghantaran Impuls
Impuls bergerak melalui serebrum dari reseptor ke efektor
Impuls bergerak melalui medula oblongata atau saraf tunjang ke efektor
Gerak balas
Dapat dilambatkan atau dicepatkan
Cepat atau spontan
Sistem saraf terlibat
Sistem saraf soma
Sistem saraf autonomi
Contoh tindakan
Bercakap dan menulis
Degupan jantung dan peristalsis
Kesan Kecedaraan pada Bahagian Tertentu Otak
■ Tengkorak melindungi otak manakala tulang belakang melindungi saraf tunjang.
■ Kecederaan pada otak
►
Kemalangan atau sakit boleh menyebabkan kecederaan kepada kawasan tertentu otak, dengan itu menjejaskan fungsinya.
►
Dalam keadaan yang teruk, kecederaan kepada kawasan tertentu otak mungkin boleh membawa maut.
►
Serebrum adalah bahagian terbesar otak yang menjalankan fungsi yang berbeza. Oleh itu kecederaan serebrum boleh menyebabkan kesan yang berbeza dalam badan kita.
■ Kesan kecederaan bahagian tertentu pada otak
✍ Contoh latihan 2.5(a)
Labelkan dengan tepat bahagian-bahagian otak dibawah. (English)
✍ Contoh latihan 2.5(b)
Kelaskan aktiviti-aktiviti atau tindakan berikut mengikut bahagian otak masing-masing.
Melihat
Mendengar
Mengayuh basikal
Bau
Bersin
Degupan jantung
Mendengar
Bernafas
Peristalsis
Memanjat
Merasa
Memegang
Kumpulan
Serebrum
Melihat, mendengar, bau, mendengar, merasa, memegang
Serebelum
Mengayuh basikal, memanjat
Medula oblongata
Bersin, degupan jantung, bernafas, peristalsis
Penerangan
Serebrum mengawal tindakan terkawal seperti aktiviti mental, deria dan pergerakan otot.
Serebelum mengawal keseimbangan badan dan mengkoordinat pergerakan otot.
Medula oblongata mengawal tindakan luar kawal.
✍ Contoh latihan 2.5(c)
Kelaskan aktiviti-aktiviti berikut kepada tindakan terkawal dan tindakal tidak terkawal.
Penghadaman
Peristalsis
Menari
Menulis
Bercakap
Bernafas
Bersin
Berjalan
Rembesan air liur
Ketawa
Kumpulan
Tindakan terkawal
Menari, menulis, bercakap, berjalan, ketawa
Tindakan tidak terkawal
Penghadaman, peristalsis, bernafas, bersin, rembesan air liur
Penerangan
Tindakan terkawal merupakan jenis tindakan yang dilakukan mengikut kehendak kita.
Tindakan luar kawal berlaku tanpa disedari, iaitu secara automatik.
No comments:
Post a Comment