Wednesday 24 June 2015

2.2 Sistem Saraf Manusia

Sistem Saraf Manusia
■ Fungsi utama sistem saraf adalah untuk menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar impuls saraf dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
■ Maklumat dihantar melalui sistem saraf dalam bentuk isyarat elektrik yang disebut impuls.
■ Sistem saraf manusia terbahagi kepada:

Sistem saraf pusat

Sistem saraf periferi
■ Animasi di bawah menunjukkan pengkelasan sistem saraf manusia. (English)

■ Video ini menunjukkan kategori sistem saraf manusia secara ringkas. (English)

Sistem Saraf Pusat
■ Sistem saraf pusat mengandungi:

Otak: mengawal semua aktiviti badan seperti menulis, mendengar dan berjalan.

Saraf tunjang: mengawal tindakan refleks seperti pantulan lutut, berpeluh dan menggigil.
■ Sistem saraf pusat merupakan pusat kawalan badan.

Organ deria yang terangsang menghantar impuls yang kemudian diterima oleh sistem saraf pusat untuk ditafsir.

Kemudian, impuls bergerak ke otot atau kelenjar sebagai gerak balas dari rangsangan tersebut.

Sistem Saraf Periferi
■ Sistem saraf periferal:

Menghubungkan sistem saraf pusat kepada reseptor dan efektor.

Berfungsi untuk menghantar impuls dari deria organ atau reseptor melalui sistem saraf pusat ke otot atau kelenjar.
■ Sistem saraf periferal terbagi kepada:

Sistem saraf soma yang mengawal semua tindakan terkawal. Sistem saraf soma terdiri daripada:

Saraf spina (bawah leher) yang menghubungkan saraf tunjang dengan bahagian badan seperti tangan, kaki, kulit dan abdomen.

Saraf kranium (atas leher) yang menghubungkan otak kepada organ deria seperti mata, hidung, telinga dan lidah.

Sistem saraf autonomi yang mengawal semua tindakan tidak terkawal seperti degupan jantung. Sistem saraf autonomi terdiri daripada:

Saraf Simpetatik

Saraf Parasimpetatik

Sistem saraf autonomi menyambungkan saraf tunjang kepada organ-organ dalaman dan kelenjar seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Neuron
■ Neuron

Merupakan unit asas sistem manusia

Berfungsi untuk membawa impuls dari reseptor ke efektor.

Terdiri daripada sel badan dan terminal saraf.
■ Neuron terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

Neuron deria

Membawa impuls dari reseptor atau organ deria ke sistem saraf pusat.

Neuron perantaraan

Hanya terdapat di sistem saraf pusat.

Menghantar impuls dari neuron deria ke neuron motor.


Neuron motor

Membawa impuls dari sistem saraf pusat ke efektor.

■ Struktur neurone


Bahagian neuron Fungsi
Badan sel Mengawal semua aktiviti neuron
Dendrit Menerima impuls daripada neuron-neuron lain dan menghantarnya ke badan sel
Dendron Dendrit yang membawa impuls ke arah badan sel
Akson Dendrit yang membawa impuls keluar dari badan sel ke efektor
Salut mielin Penebat akson mengelakkan kebocoran impuls dan mempercepatkan penghantaran impuls
■ Video ini menerangkan struktur neuron melalui satu siri urutan animasi yang mengesan struktur neuron. (English)
■ Perbezaan antara jenis-jenis neuron

Ciri-ciri Neuron deria Neuron Perantaraan Neuron Motor
Kedudukan badan sel Di tengah neuron Di tengah neuron Di hujung neuron
Panjang akson Pendek Berubah-ubah Short
Pergerakan impuls Dari organ deria atau reseptor ke sistem saraf pusat Dari neuron deria ke neuron motor di dalam sistem saraf pusat Dari neuron perantaraan ke sistem saraf pusat ke otot atau efektor
Fungsi Membawa impuls dari reseptor atau organ deria ke sistem saraf pusat Menghantar impuls dari neuron deria ke neuron motor Membawa impuls dari sistem saraf pusat ke efektor

Contoh latihan 2.2(a)
Labelkan dengan tepat gambarajah dibawah. (English)

Contoh latihan 2.2(b)
Namakan jenis saraf dalam sistem saraf periferal yang mengawal tindakan berikut.
Tindakan
Mendengar Saraf kranium
Berjalan Saraf spina
Running Saraf spina
Bau Saraf kranium
Degupan jantung Sistem saraf autonomi
Pernafasan Sistem saraf autonomi



⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

2 comments: