Monday, 16 February 2015

4.4 Unsur Kumpulan 17

Sifat-sifat fizik
■ Unsur-unsur Kumpulan 17 juga dikenali sebagai halogen.

►
Flourin, F
Klorin, Cl
Klorin, Br
Iodin, I
Astatin, At

► Kaedah mnemonik berikut boleh digunakan untuk menghafal urutan unsur dalam Kumpulan 17.
○ Fairy Clowns Broil Innocent Ants.
■ Sifat-sifat fizik halogen

►
Unsur Nombor protor Jejari (nm) Takat lebur (℃) Takat didih (℃) Ketumpatan (gcm-3) Warna
Flourin, Fl 9 0.06 -220 -187 1.12 Kuning muda
Klorin, Cl 17 0.10 -102 -34 1.57 Kuning kehijauan
Bromin, Br 35 0.12 -7.2 59 3.13 Perang kemerahan
Iodin, I 53 0.14 114 183 4.95 Ungu-hitam

► Takat lebur dan takat didih yang rendah.
○ Semua halogen wujud sebagai gas molekul dwiatom (F2, Cl2, Br2, I2, At2) pada keadaan bilik.

► Tidak mengkonduksikan elektrik.

► Konduktor haba yang lemah.

► Ketumpatan yang rendah.

► Animasi berikut menunjukkan perubahan dalam sifat fizik unsur Kumpulan 17 apabila menuruni  kumpulan.

Tindak balas kimia
■ Susunan elektron unsur halogen.

Element Electron configuration Arrangement of electron
Flourin 2.7
Klorin 2.8.7
Bromin 2.8.18.7
Iodin 2.8.18.18.7
Astatin 2.8.18.32.18.7
■ Tindak balas bagi halogen

► Semua unsur halogen menunjukkan sifat-sifat yang serupa apabila bertindak balas dengan sebatian tertentu.
○ Halogen bertindak balas dengan air untuk membentuk dua jenis asid.
Aktiviti Makmal 4.4.1: Mengkaji tindak balas antara klorin, bromin dan iodin dengan air
○ Halogen bertindak balas dengan besi panas untuk membentuk pepejal perang besi (II) halida.
Aktiviti Makmal 4.4.2: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan besi
○ Halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida untuk membentuk natrium halida, sodium halate (I) dan air.
Aktiviti Makmal 4.4.3: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan larutan natrium hidroksida akueus.

► Penerangan ringkas mengenai tindak balas halogen.
○ Semua halogen mempunyai 7 elektron valens.
○ Halogen menerima elektron untuk membentuk anion atau ion negatif untuk mencapai susunan elektron oktet(susunan elektron gas adi) yang stabil.

► Kereaktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan.

► Animasi berikut menunjukkan penjelasan pada perubahan kereaktifan bagi halogen.

■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri fizik dan tindak balas kimia unsur Kumpulan 17.









⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment