Pages

Monday, 16 February 2015

4.4 Unsur Kumpulan 17

Sifat-sifat fizik
■ Unsur-unsur Kumpulan 17 juga dikenali sebagai halogen.

Flourin, F
Klorin, Cl
Klorin, Br
Iodin, I
Astatin, At

Kaedah mnemonik berikut boleh digunakan untuk menghafal urutan unsur dalam Kumpulan 17.
Fairy Clowns Broil Innocent Ants.
■ Sifat-sifat fizik halogen

Unsur Nombor protor Jejari (nm) Takat lebur (℃) Takat didih (℃) Ketumpatan (gcm-3) Warna
Flourin, Fl 9 0.06 -220 -187 1.12 Kuning muda
Klorin, Cl 17 0.10 -102 -34 1.57 Kuning kehijauan
Bromin, Br 35 0.12 -7.2 59 3.13 Perang kemerahan
Iodin, I 53 0.14 114 183 4.95 Ungu-hitam

Takat lebur dan takat didih yang rendah.
Semua halogen wujud sebagai gas molekul dwiatom (F2, Cl2, Br2, I2, At2) pada keadaan bilik.

Tidak mengkonduksikan elektrik.

Konduktor haba yang lemah.

Ketumpatan yang rendah.

Animasi berikut menunjukkan perubahan dalam sifat fizik unsur Kumpulan 17 apabila menuruni  kumpulan.

Tindak balas kimia
■ Susunan elektron unsur halogen.

Element Electron configuration Arrangement of electron
Flourin 2.7
Klorin 2.8.7
Bromin 2.8.18.7
Iodin 2.8.18.18.7
Astatin 2.8.18.32.18.7
■ Tindak balas bagi halogen

Semua unsur halogen menunjukkan sifat-sifat yang serupa apabila bertindak balas dengan sebatian tertentu.
Halogen bertindak balas dengan air untuk membentuk dua jenis asid.
Aktiviti Makmal 4.4.1: Mengkaji tindak balas antara klorin, bromin dan iodin dengan air
Halogen bertindak balas dengan besi panas untuk membentuk pepejal perang besi (II) halida.
Aktiviti Makmal 4.4.2: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan besi
Halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida untuk membentuk natrium halida, sodium halate (I) dan air.
Aktiviti Makmal 4.4.3: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan larutan natrium hidroksida akueus.

Penerangan ringkas mengenai tindak balas halogen.
Semua halogen mempunyai 7 elektron valens.
Halogen menerima elektron untuk membentuk anion atau ion negatif untuk mencapai susunan elektron oktet(susunan elektron gas adi) yang stabil.

Kereaktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan.

Animasi berikut menunjukkan penjelasan pada perubahan kereaktifan bagi halogen.

■ Video berikut mengandungi maklumat mengenai ciri-ciri fizik dan tindak balas kimia unsur Kumpulan 17.









⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android.

No comments:

Post a Comment