■ Elektrolisis
| ► | Proses penguraian elektrolit oleh arus elektrik ke dalam komponennya. |
| ► | Sejenis sel yang menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan tindak balas kimia. | |
| ► | Animasi berikut menunjukkan struktur asas sel elektrolisis. |
![]() |
Aktiviti Makmal 6.2.1 : Elektrolisis sebatian lebur |
■ Elektrolisis bagi leburan elektrolit, AxBy
| ► | Sebatian logam terbentuk di katod. | ||||||||||
| ► | Bukan logam terbentuk di anod. | ||||||||||
| ► | Secara umum, elektrolisis elektrolit lebur boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
|
||||||||||
| ► | Setengah persamaan menunjukkan apa yang berlaku di salah satu elektrod semasa elektrolisis. |
Ramalkan hasil elektrolisis bagi leburan natrium klorida di anod dan di katod.
Penyelesaian
| Garam dalam keadaan lebur | Di anod (+) | Di katod (-) |
| Pergerakan ion ke elektrod | Cl- | Na+ |
| Setengah persamaan | 2Cl- → Cl2 + 2e- | Na++ e- → Na |
| Pemerhatian | Gas kuning kehijauan | Logam kelabu terbentuk |
| Hasil | Gas klorin | Logam natrium |
✍ Contoh 6.2(b)
Ramalkan hasil elektrolisis bagi leburan magnesium oksida di anod dan di katod.
Penyelesaian
| Garam dalam keadaan lebur | Di anod (+) | Di katod (-) |
| Pergerakan ion ke elektrod | O2- | Mg2+ |
| Setengah persamaan | 2O2- → O2 + 4e- | Mg2++ 2e- → Mg |
| Pemerhatian | Gas tidak berwarna terbebas | Logam kelabu terbentuk |
| Hasil | Gas oxygen | Logam magnesium |
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
![]() |
|



No comments:
Post a Comment