■ Lemak ialah sebatian karbon organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.
■ Lemak wujud dalam bentuk
| ► | cecair pada suhu bilik dikenali sebagai minyak. Lemak tumbuhan biasanya wijud dalam bentuk cecair. Contoh minyak ialah minyak soya, minyak sayur, minyak zaitun dan minyak jagung. | |
| ► | pepejal pada suhu bilik biasanya berasal daripada lemak haiwan. Contoh lemak ialah lemak dalam daging, mentega, minyak sapi, keju dan marjerin. |
| ► | Lemak tepu | |
| ► | Lemak tak tepu |
Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu
■ Lemak haiwan ialah lemak tepu manakala lemak tumbuhan ialah lemak tak tepu.
■ Lemak tepu
| ► | Nisbah antara bilangan atom hidrogen dengan bilangan atom karbon adalah tinggi berbanding dengan lemak tak tepu. | |
| ► | Bilangan atom hidrogen adalah maksimum dan tidak boleh menerima atom hidrogen tambahan lagi. | |
| ► | Ikatan ganda dua tidak wujud antara atom karbon dengan atom hidrogen dalam molekul lemak. |
| ► | Boleh menerima atom hidrogen tambahan kerana ikatan ganda dua wujud antara atom karbon dengan atom hidrogen dalam molekul lemak |
Persamaan dan Perbezaan antara Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu
|
||||||||||||||||||||||||||||
Kesan Pengambilan Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu kepada Kesihatan Kita
■ Penggunaan lemak tepu yang berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Ini kerana lemak tepu yang kaya dengan kolesterol.
■ Penggunaan lemak tepu (lemak haiwan) yang berlebihan boleh menyebabkan pemendapan kolesterol dalam saluran darah yang boleh menyebabkan:
| ► | strok | |
| ► | tekanan darah tinggi | |
| ► | serangan jantung |
■ Lemak tak tepu boleh menurunkan kepekatan kolesterol dalam darah. Ini boleh mengurangkan risiko tekanan dan serangan jantung darah tinggi.
■ Lemak tak tepu berkeupayaan menyerang dan meneutralkan kolesterol lemak tepu dan membawanya ke hati untuk diuraikan.
4.4 Kelapa Sawit dan Kepentingannya kepada Pembangunan Negara → |
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
||

