■ Satu bentuk mengelaskan unsur-unsur secara sistematik dengan meletakkan unsur-unsur dengan ciri-ciri yang sama dalam kumpulan yang sama.
■ Dalam Jadual Berkala unsur
| ► | Unsur-unsur disusun dalam turutan bilangan proton yang semakin meningkat. | |
| ► | Unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama diletakkan dalam kumpulan yang sama. | |
| ► | Ciri-ciri bagi unsur dan sebatiannya boleh diramal, dengan itu penyelidikan kimia terhadapnya boleh dilakukan dengan lebih mudah dan sistematik. |
| ► | Beberapa ahli sains telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan dalam Jadual Berkala pada abad kelapan belas dan kesembilan belas. | |||||||||||||||||||
| ► | Jadual berikut menunjukkan sumbangan ahli sains dalam perkembangan Jadual Berkala.
|
Jadual Berkala moden
■ Jadual Berkala
| ► | Disusun mengikut nombor proton unsur-unsur yang semakin meningkat. | |
| ► | Unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama diletakkan dalam kumpulan yang sama. | |
| ► | Animasi berikut menunjukkan Jadual Berkala yang moden. | |
| ► | Animasi berikut menunjukkan ringkasan maklumat yang boleh diperolehi daripada Jadual Berkala. |
| ► | Turus tegak dalam Jadual Berkala. | |||||||||||||
| ► | Setiap ahli kumpulan menunjukkan sifat kimia yang sama. | |||||||||||||
| ► | Ciri-ciri fizik menunjukkan perubahan secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan. | |||||||||||||
| ► |
Beberapa kumpulan mempunyai nama khas.
|
| ► | Baris mengufuk dalam Jadual Berkala. | |
| ► | Bilangan proton meningkat satu per satu dari kiri ke kanan bagi kala. | |
| ► | Mengandungi unsur-unsur dengan ciri-ciri kimia dan fizikal yang berubah secara beransur-ansur daripada logam kepada bukan logam. | |
| ► | Contoh unsur-unsur dalam kala 3: ![]() |
Susunan elektron bagi unsur-unsur dalam Jadual Berkala
■ Susunan unsur-unsur dalam Jadual Berkala (pertama 20 unsur)

| ► | Daripada jadual ini, unsur-unsur dalam satu kumpulan ○ mempunyai bilangan elektron valens yang sama. ○ mempunyai sifat-sifat kimia yang sama. ○ menunjukkan sifat-sifat fizik yang berubah secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan. |
|
| ► | Daripada jadual ini, unsur-unsur dalam kala yang sama mempunyai bilangan petala terisi elektron yang sama. |
| ► | Dengan mengetahui nombor proton bagi unsur, kita boleh menulis susunan elektron bagi unsur tersebut. | |
| ► | Oleh itu, Kumpulan dan Kala bagi unsur tersebut dalam Jadual Berkala dapat ditentukan. |
✍ Contoh 4.1(a)
| Unsur T mempunyai nombor proton 12 dan nombor nukleon 24. Apakah kumpulan dan kala bagi unsur tersebut dalam Jadual Berkala Unsur? Penyelesaian Bilangan elektron = nombor proton = 12 Susunan elektron: 2.8.2 Unsur T mempunyai 2 elektron valens. Jadi, unsur T terletak dalam Kumpulan 2 Jadual Berkala unsur. Unsur T mempunyai tiga petala yang terisi elektron. Jadi, unsur T terletak dalam Kala 3 Jadual Berkala unsur. |
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
![]() |
|
Antoine Lavoisier
Johann W.Dobereiner
John Newlands
Lothar Meyer
Dimitri Mendeleev
Henry Moseley


Sronok nyeeee
ReplyDelete