![]() |
Aktiviti Makmal 4.4.3: Mengkaji tindak balas antara halogen dengan larutan natrium hidroksida akueus. |
Pernyataan masalah: Bagaimana klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida?
Hipotesis: Kereaktifan berkurangan bagi tindak balas antara halogen dan larutan natrium hidroksida apabila menuruni Kumpulan 17.
Pembolehubah:
| » | Pembolehubah dimalarkan : Larutan natrium hidroksida | |
| » | Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis halogen | |
| » | Pembolehubah bergerakbalas: Kereaktifan tindak balas |
|
Bahan: » Gas klorin » Larutan bromin » Pepejal iodin » Larutan natrium hidroksida |
Apparatus: » Penyumbat getah »Tabung uji |
| ► | Animasi berikut menunjukkan prosedur dan pemerhatian eksperimen.
|
|||||||
| ► | (A) Dengan klorin
|
|||||||
| ► | (B) Dengan bromin
|
|||||||
| ► | (C) Dengan iodin
|
| ► |
|
| ► | Klorin, bromin dan iodin bertindak balas dengan hidroksida untuk membentuk natrium halida, natrium hipohalite dan air. | |||
| ► | Klorin larut dengan cepat dalam larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium klorida, natrium hipoklorit dan air.
|
|||
| ► | Bromin larut kurang cepat dalam larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium bromida, natrium hipobromite dan air.
|
|||
| ► | Iodin larut dengan perlahan-lahan dalam larutan natrium hidroksida untuk menghasilkan larutan natrium iodida, natrium hipoiodite dan air.
|
|||
| ► | Kereaktifan halogen dengan larutan natrium hidroksida berkurangan apabila menuruni Kumpulan 17. |
| ► | Halogen bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida. | |
| ► | Kereaktifan meningkatkan apabila menuruni Kumpulan 17. | |
| ► | Hipotesis diterima. |
| ⇲ Dapatkan latihan (objektif and subjektif), secara percuma untuk OS Android. | ||
![]() |
![]() |
|



No comments:
Post a Comment